Sabtu, 24 Disember 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bantah empat hari seminggu

Posted: 23 Dec 2011 11:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Krisis yang melanda peniaga bazar larut malam Danau Kota, di sini, berlarutan apabila lebih 600 peniaga berkumpul membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengehadkan operasi bazar itu daripada enam kepada empat hari seminggu.

Demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, kelmarin itu bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati selain membincangkan isu terbabit memandangkan Ahli Parlimen berkenaan didakwa individu yang meminta tempoh operasi bazar dipendekkan.


Dalam perbincangan singkat diwakili pembantu khas ahli parlimen itu, Yaacob Ahmad berkata, tindakan Ahli Parlimen meminta tempoh operasi dipendekkan kerana mengambil kira aduan penduduk sekitar yang mendakwa menghadapi pelbagai masalah seperti bunyi bising, peningkatan gejala sosial dan sampah.

"Saya yakin Ahli Parlimen memandang serius perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik melalui perbincangan lebih terperinci dengan beberapa pihak berkaitan selain tidak mengetepikan nasib peniaga," katanya.


Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata demonstrasi terbabit diadakan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati peniaga terhadap keputusan berkenaan dengan tindakan itu mengakibatkan mereka kerugian besar.


"Jika ditolak cuti khas pada Khamis, peniaga hanya dibenarkan berniaga empat hari iaitu Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad berbanding enam hari sebelum ini. Ia sekali gus menyebabkan peniaga menanggung kerugian RM300 hingga RM800 bagi tempoh dua hari operasi bazar ditutup," katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerian tidak akan berganjak dari keputusan untuk hanya membenarkan bazar itu beroperasi empat hari seminggu.


Katanya, keputusan yang dibuat itu selepas mengambil kira rungutan penduduk di kawasan itu dan berharap peniaga bazar berkenaan menerimanya dengan hati terbuka.

"Persetujuan sudah dicapai dalam perbincangan DBKL dengan Persatuan Penjaja dan saya rasa tidak timbul lagi isu itu kerana dengan mengehadkan operasi bazar itu akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu penduduk serta peniaga.


"Kementerian akan memberi kebenaran kepada semua penjaja untuk berniaga pada hari pasar malam (Khamis) dan mereka perlu berbincang kembali untuk menyusun lot perniagaan mereka," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Jejak datuk hilang

Posted: 23 Dec 2011 11:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang cucu merayu orang ramai bagi menjejaki datuknya yang hilang daripada rumah sejak Rabu lalu.

Mohd Yusof Nordin, 72, keluar rumah di Lot 8637, Lorong Nakhoda Kanan 24, Batu Caves, pada jam 11 pagi tanpa disedari isterinya yang memasak di dapur.


Cucunya, Muhammad Zakirin Zakaria, 22, berkata, datuknya memakai baju putih dan berseluar krim ketika keluar.

"Jiran ternampak dia membawa plastik berisi tuala dan kain pelekat ketika berjalan di kawasan rumah dan dia tidak membawa pengenalan diri serta wang," katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.


Menurutnya, neneknya, Fatimah Mohd Nasir, 68, bimbangkan keadaan datuknya itu yang menghidap amnesia.


Susulan kehilangan mangsa, Fatimah membuat laporan pada hari kejadian di Balai Polis Selayang.

"Orang ramai yang mengenali atau melihat datuk saya diminta menghubungi 012- 5350404,019-2412121 atau melaporkan ke balai polis berdekatan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan