Khamis, 29 Disember 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Warga India didakwa dagang wanita senegara

Posted:

Warga India didakwa dagang wanita senegara

Warga India didakwa dagang wanita senegara

29/12/2011 6:07pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagangkan rakan senegaranya dengan mengurung wanita itu dalam sebuah rumah di Pantai Dalam, empat minggu lepas.

S.Murugan, 44, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Najimunisha Begam, 38, di Blok 57-7-14, Apartmen Pantai Indah pada 12.30 tengah hari 8 Dis lepas, mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport Murugan diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali pada setiap bulan.

Peguam, V. Rajehgopal pula memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM6,000 kerana Murugan tidak memiliki wang mencukupi untuk membayar jaminan yang ditawarkan pendakwaan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia lokasi penggambaran filem luar

Posted:

Malaysia lokasi penggambaran filem luar

Malaysia lokasi penggambaran filem luar

29/12/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR — Seorang pembuat filem bebas antarabangsa, Dr. Brad Batchelor telah memilih Malaysia dengan persekitaran hutan dan bangunan warisannya yang unik dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem berjodol Against The Wind yang akan diedarkan tahun depan.

Batchelor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Flying Scotsman Production Inc. berkata, terdapat berbagai lokasi unik di negara ini yang boleh dijadikan tempat penggambaran filem bertaraf antrabangsa itu.

"Beberapa adegan telah dibuat terutama sekali di lokasi bersejarah di Melaka dan di Pulau Pinang yang indah, yang memiliki bandaraya dipenuhi bangunan senibina warisan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Filem berkenaan membawa penontonnya melihat pengembaraan Alex James yang juga seorang juruterbang dalam skuadran perkhidmatan udara Perancis bergabung nyawa dan terselamat dalam Perang Dunia Pertama.

Filem tersebut antara lain menggambarkan suasana dalam Perang Dunia Pertama dan peranan dimainkan oleh skuadran udara tersebut sekitar tahun 1916 hingga ke peperangan menentang saudagar candu di tahun 20-an dan cabaran dihadapi akibat penindasan kaum serta kejadian pembunuhan di tahun 30-an.

Beliau berkata banyak lokasi di sini menyerupai lokasi penggambaran di Hollywood dan belanja menyediakan tempatnya juga sangat munasabah. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

RM8j untuk selenggara, baiki pili bomba

Posted:

RM8j untuk selenggara, baiki pili bomba

RM8j untuk selenggara, baiki pili bomba

29/12/2011 4:01pm

GEORGE TOWN — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperuntukan RM8 juta bagi menyelenggara dan membaiki lebih 300,000 pili bomba di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Mahadi Md. Ali berkata, antara kerosakan yang sering berlaku ialah kehilangan muncung pili yang diperbuat daripada tembaga, tiang pili patah dilanggar kenderaan serta pili tertimbus akibat kerja penurapan jalan.

Kerja-kerja membaiki pili bomba yang rosak memerlukan perbelanjaan antara RM300 hingga RM5,000 setiap unit, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Pulau Pinang, berkata, setiap pili yang rosak harus diperbaiki segera bagi memudahkan tugas JBPM jika berlaku kebakaran.

Katanya, bagi memastikan keadaan pili bomba di seluruh negeri ini berada dalam keadaan baik, pihaknya telah mewujudkan program "Teman Pili Bomba". — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan