Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kampung Cherang diserang lalat

Posted:

Kampung Cherang diserang lalat

Kampung Cherang diserang lalat

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Ibrahim Yusof menunjukkan lalat yang menghurungi tangannya.


TUMPAT 27 Dis. - Lebih 65 penduduk di Kampung Cherang, Chabang Empat di sini diserang lalat yang luar biasa jumlahnya sehingga mengganggu rutin harian mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kejadian dikatakan berpunca dari kawasan ternakan ayam yang beroperasi tidak jauh dari kediaman penduduk.

Keadaan tersebut telah berlarutan sejak lapan tahun lalu apabila ternakan ayam yang diusahakan oleh seorang pengusaha luar dimulakan lapan tahun lalu di kawasan terbabit namun sejak akhir-akhir ini keadaan tersebut semakin buruk apabila jumlah lalat juga kian bertambah.

Seorang penduduk, Ibrahim Yusof, 68, berkata, walaupun dia dan keluarga cuba membiasakan diri dengan kehadiran lalat di rumah mereka dan sering berasa tidak selesa namun sejak akhir–akhir ini, serangan lalat tersebut semakin serius.

"Lalat yang menghurungi kawasan rumah penduduk di sini agak luar biasa banyaknya sehinggakan makan nasi terpaksa di dalam kelabu.

''Kami bukan sahaja tidak selera makan kerana lalat menghurung makanan tersebut tetapi belum sempat lagi mencedok kuahnya, lalat sudah masuk ke dalam mangkuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, dia bukan sahaja berhadapan serangan lalat tetapi terpaksa menahan busuk najis ayam sehinggakan dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan.

"Bagi saya sudah lali dengan bau najis ayam ini, tetapi jika didatangi tetamu, rasa malu sebab dalam dan luar rumah berbau busuk dan dihurungi lalat di segenap sudut," ujarnya.

Katanya lagi, selain makan di dalam kelambu bagi mengelak makanan dihurungi lalat, dia sekeluarga menggunakan sebelah tangan menyuap nasi dan sebelah lagi mengibas lalat.

''Agak menjijikkan sebenarnya keadaan yang ada di sini kerana kawasan ternakan ayam itu terletak lebih kurang 10 meter dari rumah.

''Bau busuk dan serangan lalat luar biasa itu semakin teruk jika terdapat ayam-ayam baru dimasukkan ke dalam reban," ujarnya.

Menurutnya, penduduk kampung pernah mengadu masalah tersebut kepada pihak Jabatan Alam Sekitar baru-baru ini bagaimanapun tidak ada pemeriksaan susulan dilakukan sedangkan keadaan tersebut semakin merimaskan.

Sementara itu, isterinya, Che Yah Daud, 67, berkata, masalah lalat di kawasan tersebut sering mengganggu tugas hariannya di dapur.

"Kalau hendak memerah kelapa, sebelah tangan perah kelapa dan sebelah tangan lagi kibas lalat dan belum sempat gulai mendidih, lalat sudah penuh masuk ke dalam periuk, pendek kata semua benda dihurung lalat," katanya.

Menurut Che Yah, apabila lalat hinggap pada makanan dalam tempoh singkat sahaja makanan itu dipenuhi telur lalat dan keadaan tersebut dibimbangi menjejaskan kesihatannya bersama suami kerana makan makanan tercemar saban hari.

Lebih teruk lagi katanya, pada waktu malam mereka terpaksa memasang kelambu bukan untuk mengelak nyamuk tetapi tidak selesa dihurungi lalat yang hinggap tidak kira siang atau malam.

"Lalat-lalat tersebut bukan sahaja menghurungi makanan tetapi juga melekat di dinding rumah malah di tubuh juga dihinggapinya. Kalau keadaan ini berterusan kami bimbang akan jatuh sakit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM28j laksana skim SBPA di Terengganu

Posted:

RM28j laksana skim SBPA di Terengganu

RM28j laksana skim SBPA di Terengganu

KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Sebanyak RM28 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Terengganu yang bermula tahun depan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika mengesahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut membabitkan kenaikan gaji 10 peratus bagi kakitangan awam selain badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.

Beliau memberitahu, bagi tujuan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi penjelasan terperinci mengenainya dalam waktu terdekat sebelum borang opsyen skim berkenaan mula diedarkan.

"Bagaimanapun penjawat awam masih mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalkan skim lama ataupun memilih untuk terus berkhidmat di bawah skim baru SBPA.

"Penjawat awam yang berkenaan boleh membuat opsyen dan ini bukan satu paksaan. Mereka ada dua pilihan dan kalau hendak kekal dengan skim lama, maka gaji lama mereka tak akan berubah," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan berkata, sehingga kini sebanyak 8,000 jawatan daripada 12,000 kekosongan telah diisi manakala 4,000 lagi kekosongan masih dibekukan sehingga pelarasan skim SBPA dilaksanakan sepenuhnya nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

Penderitaan Ahmad Suhaimy dapat perhatian UMNO Kubang Kerian

Posted:

Penderitaan Ahmad Suhaimy dapat perhatian UMNO Kubang Kerian

Penderitaan Ahmad Suhaimy dapat perhatian UMNO Kubang Kerian

KOTA BHARU 27 Dis. - Keperitan hidup seorang suri rumah, Hasbi Dollah, 40, selepas suaminya Ahmad Suhaimy Mat El, 43, lumpuh akibat kemalangan Oktober lalu, mendapat perhatian UMNO Bahagian Kubang Kerian.

Naib Ketua UMNO bahagian itu, Saidi Mohd. Noor telah meluangkan masa selama satu jam melawat Ahmad Suhaimy yang hanya mampu terbaring di rumahnya di Kampung Machang Limbat, Kubang Kerian di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Kubang Kerian, Azlina Alis.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Ahmad Suhaimy manakala Azlina memberikan bantuan keperluan harian.

Saidi ketika ditemui berkata, pihaknya akan merujuk masalah Ahmad Suhaimy ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu untuk tindakan susulan bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga berkenaan.

"Kami sedaya upaya membantu keluarga Ahmad Suhaimy. Lawatan hari ini bertujuan melihat sendiri bentuk dan jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini.

"Ini merupakan salah satu program kemasyarakatan atau mesra rakyat UMNO bahagian yang lebih kepada memahami dan mengetahui permasalahan yang berlaku dan berusaha membantu mereka," katanya.

Utusan Malaysia pada 16 Disember lalu melaporkan, seorang isteri, Hasbi Dollah, 40, buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan Oktober lalu.

Sementara itu, Hasbi memberitahu, dia bersyukur dan gembira di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Kubang Kerian.

"Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima atas keprihatinan ini. Harapan saya adalah semoga bantuan kepada suami saya dapat disegerakan kerana khuatir tahap kesihatannya akan bertambah teruk terutama kudis di bahagian belakang," katanya.

Ibu kepada empat orang anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu berkata, dia sendiri mengalami masalah kesihatan dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sehingga tidak mampu bekerja bagi mencari nafkah.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan