Kosmo Online - Negara |
- Penari tiang kian terdesak
- Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005
- Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta
Posted: Penari tiang kian terdesak Oleh NOR SHAFAWATI YUP
KUALA LUMPUR - Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu. Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi. Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu. Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing. Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati. Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari. Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung. Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005 Posted: Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari 2012. Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1. Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi. Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! dan Kosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005. Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah. Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006. Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta Posted: Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (gambar kecil), membabitkan jumlah RM1.755 juta. Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain petang semalam. Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Beliau menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes. Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn. Bhd. itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang 20 November lepas. Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Pengarah NFC itu menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan