Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Bekas pegawai Digi dijel 4 tahun

Posted:

Bekas pegawai Digi dijel 4 tahun

Bekas pegawai Digi dijel 4 tahun

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


S. STANLEY dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 29 Dis. - Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dihukum penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 14 tuduhan menerima rasuah RM415,000 daripada sebuah syarikat pembekal, tiga tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Stanley, 40, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 14 tahun lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun dibenar ditangguhkan sehingga rayuannya selesai dengan syarat jumlah jaminan dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM250,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh bagi dirinya kesemua wang tunai itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn. Bhd. di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini antara 13 Ogos 2007 dan 22 Oktober 2008.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti manakala Stanley diwakili peguam M. Athimulan.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 16 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan manakala bagi pihak pembelaan hanya tertuduh yang tampil memberi keterangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunuh: Penjaga parkir dihukum gantung

Posted:

Bunuh: Penjaga parkir dihukum gantung

Bunuh: Penjaga parkir dihukum gantung

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 29 Dis. - Seorang penjaga tempat letak kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dengan menembak mangsa di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap K. Marimuthu, 37, selepas mendapati pembelaannya gagal membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

Zakiah dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak menerima keterangan bela diri tertuduh yang mengatakan dia tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

Ini kerana, menurut beliau, terdapat saksi yang melihat tertuduh melepaskan tembakan ke arah mangsa.

''Keterangan tertuduh iaitu tidak terlibat dalam kejadian tidak benar dan ia tidak dapat menyangkal keterangan saksi pendakwaan yang nampak tertuduh menembak mangsa dari jarak 20 kaki (6 meter),'' kata beliau.

Marimuthu disabitkan bersalah membunuh Md. Rashid Mahamud, 45, di jalan batu kerikil menghala ke ladang kelapa sawit OSK Properties Sdn. Bhd. berdekatan pasar raya Econsave, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 28 Ogos 2008.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Md. Rashid mati di tempat kejadian akibat tembakan yang mengenai tepat pada bahagian jantung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan