Jumaat, 30 Disember 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Projek sekolah diarah henti

Posted:

Projek sekolah diarah henti

Projek sekolah diarah henti

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


YAP Pian Hon (duduk, tengah) dan Abdul Rahman Mohd. Amin (duduk, kiri) menunjukkan surat arahan pemberhentian projek pembinaan SMK Sungai Ramal di Kajang, kelmarin.


KAJANG 30 Dis. - Tindakan kerajaan negeri mengarahkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ramal di sini dihentikan amat dikesali oleh penduduk sekitar kawasan itu.

Ketua Pusat Perkhidmatan dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengeluarkan surat arahan itu pada Oktober lalu.

Menurutnya, melalui arahan itu, MPKj turut mengarahkan supaya kebenaran merancang dipohon semula sedangkan projek tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat setelah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Apa yang dikesalkan ialah tindakan ini telah menyebabkan pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan terlibat terpaksa terus menanggung kesulitan.

"Memandangkan tidak ada sekolah menengah di kawasan itu, mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa bersekolah di Kajang atau Bangi," ujarnya pada sidang akhbar yang diadakan di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Mejar (B) Abdul Rahman Mohd Amin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

Pian Hon berkata, pada masa ini, kawasan Sungai Ramal hanya ada dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ramai Dalam dan SK Sungai Ramai Luar.

Beliau berkata, situasi sama turut berlaku di Bandar Bukit Mahkota, Bangi apabila kerajaan negeri mengeluarkan arahan agar menghentikan kerja-kerja pembinaan sebuah sekolah rendah di situ.

"Sekiranya kerajaan negeri memikirkan kebajikan rakyat, mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa. Kita melihat tindakan ini lebih cenderung kepada isu politik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Asrama Yayasan Selangor tetap diroboh, tender kepada pemaju dibuka

Posted:

Asrama Yayasan Selangor tetap diroboh, tender kepada pemaju dibuka

Asrama Yayasan Selangor tetap diroboh, tender kepada pemaju dibuka


Empat wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor menunjukkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin yang bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri Selangor.


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Walaupun menerima kritikan serta tekanan daripada pelbagai pihak, namun Yayasan Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan keputusan untuk merobohkan asrama yayasan berkenaan di Kampung Pandan di sini.

Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS), Badrulzaman Baharuddin berkata, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan termasuk menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kerajaan negeri menimbang semula rancangan merobohkan asrama berkenaan, namun ia langsung tidak dilayan.

Malah, katanya, ruang untuk berbincang juga ditutup apabila Yayasan Selangor membuka tender kepada pemaju-pemaju yang berminat membangunkan tanah tapak asrama berkenaan apabila dirobohkan nanti.

"Kami kesal dengan sikap yayasan itu. Mereka langsung tidak mendengar dan melayan tuntutan kami supaya menimbang semula rancangan merobohkan asrama dan menjalankan pembangunan di tanah tersebut.

"Kami yakin mereka sememangnya telah lama merancang mahu merobohkan asrama itu kerana tidak memberi ruang untuk berbincang selain telah menghentikan pengambilan pelajar baru ke asrama berkenaan mulai tahun hadapan.

"Lebih mengecewakan kami, tiada alternatif daripada pihak yayasan atau kerajaan negeri untuk membina asrama baru menggantikan asrama tersebut. Mereka lebih berminat memajukan serta mendapat keuntungan daripada penjualan tanah berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan rancangan Kerajaan PKR Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun, rancangan tersebut ditentang oleh banyak pihak seperti GSAYS, Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays), bekas-bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor dan juga ibu bapa pelajar.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki, manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.

Menurut Badrulzaman, Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu rakyat negeri berkenaan terutama daripada aspek pendidikan semakin lari daripada perjuangan asal.

"Kalau begini caranya, lebih baik tiada Yayasan Selangor. Mereka bukan membantu tetapi merobohkan pula asrama yang telah melahirkan banyak golongan berjaya sehingga ke hari ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

77 disaman guna laluan bas, teksi

Posted:

77 disaman guna laluan bas, teksi

77 disaman guna laluan bas, teksi

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Sebanyak 77 saman dikeluarkan kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal yang menggunakan laluan khas bas dan teksi di Jalan Dang Wangi bersebelahan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Saman tersebut dikeluarkan dalam operasi selama dua jam bermula pukul 3.30 petang melibatkan 34 anggota termasuk empat pegawai dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pegawai Turus Penguat Kuasa dan Operasi, Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Loong berkata, tindakan pemandu dan penunggang motosikal menggunakan laluan bas itu bukan sahaja menghalang perjalanan kenderaan awam berkenaan, malah turut menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Menurut beliau, operasi itu bertujuan memberi peringatan kepada pengguna kenderaan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Papan tanda yang menyatakan laluan itu khusus untuk teksi dan bas sudah disediakan, namun masih ramai yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan itu," katanya.

Sementara itu, seorang pemandu yang disaman mendakwa, papan tanda laluan khas bas dan teksi itu agak kecil.

Akibatnya, katanya, ramai pemandu yang tidak perasan dan terus memasuki laluan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan