Khamis, 29 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Berkecai dikisar mesin

Posted: 28 Dec 2011 12:22 PM PST

TAIPING: "Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah," kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.


"Ketika itu baru saya sedar Suhaimi sudah tidak bernyawa serta bermandi darah di dalam mesin berkenaan. Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana biasanya suis mesin akan ditutup ketika kerja mencuci dilakukan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Jubah bayaran ke ranjang

Posted: 28 Dec 2011 12:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai 'Queen of the Night' dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan