Selasa, 19 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

Posted:

Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

PUTRAJAYA 18 April – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru wakil-wakil rakyat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi sehingga ke pasca siswazah bagi mewujudkan budaya baru di kalangan pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, wakil rakyat yang tinggi ilmu dapat memainkan peranan lebih berkesan selain dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam karier masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Ahli Parlimen di bawah kendalian Universiti Utara Malaysia (UUM) serta menyerahkan surat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kepada Ahli-Ahli Parlimen, di sini hari ini.

Ahli Parlimen yang terlibat adalah Datuk Halimah Mohd. Sadique (Tenggara), Datuk Abdul Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Ir. Hamim Samuri (Ledang) dan Datuk Ismail Abd. Muttalib (Maran).

Selain itu, ia turut disertai oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Md. Sirat Abu (Bukit Katil), Datuk Lilah Yasin (Jempol), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

Posted:

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

KUALA LUMPUR 18 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang terpaksa ditutup ekoran kematian Teoh Beng Hock.

Penjelasan itu penting bagi mengelakkan orang ramai berterusan termakan dengan dakyah pembangkang yang sengaja menjadikan SPRM sebagai 'kambing hitam' dalam kematian Beng Hock, sehingga menenggelamkan persoalan pokok iaitu jenayah rasuah membabitkan pemimpin pembangkang di Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, dengan pendedahan tersebut orang ramai akan sedar adalah mustahil untuk SPRM membunuh seorang saksi sedangkan sebelum ini mereka bersusah payah membongkar kes berkenaan.

"Orang ramai ingin tahu dan perlu tahu siapa suspek yang disiasat dan apakah kegiatan penyelewengan yang dilakukan? Berapa jumlah rasuah dan apa bidang kuasa mereka kerana semua orang tahu, dua exco tersebut masih lagi berkhidmat dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Desakan ini bukan bermaksud kita mahu masuk campur urusan Suruhanjaya Diraja. Suruhanjaya berkenaan bertujuan untuk mencari jawapan sama ada Beng Hock dibunuh atau bunuh diri tetapi rakyat pula mahu tahu siapa perasuahnya," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Pegawai Penyiasat SPRM yang juga saksi ke-24 Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock, Mohd. Anuar Ismail memberitahu, kematian pegawai khas kepada seorang Exco negeri Selangor itu menyebabkan kes penyelewengan di Seri Kembangan dan Kampung Tunku terpaksa ditutup.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang merupakan kejadian kedua selepas Beng Hock, Musa berkata, biar apa pun yang berlaku, SPRM tetap perlu fokus dan jangan sesekali tunduk kepada desakan pihak tertentu.

"Tanggungjawab SPRM untuk memerangi rasuah tidak harus terhenti hanya kerana kematian dua saksi pendakwaan tersebut. Jenayah ini perlu diperangi habis-habisan demi memastikan Malaysia bebas daripada penyelewengan dan rasuah," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Posted:

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 18 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengetuai senarai 927 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, esok.

Sultan Muhammad V dianugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Komisaris Jeneral Polis, Drs. H. Sjachroedin pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Ahmad Johan Raslan; Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr. Anthony Francis Fernandes dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), juga membawa gelaran Datuk Seri.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin menerima Darjah Seri Panglima yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan menjadi penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai 54 individu dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) membawa gelaran Datuk.

Antaranya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan; Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr. Naran Singh dan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Rauhi Mohd. Isa serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ismail Saffian.

Turut menerima DPMP, Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Jamil Mat Kasa dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abu Hassan Mohd. Isa; Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafiee; Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Syed Mokhtar Syed Iddris dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Perak, Ir. Muhammad Hafni Ibrahim.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Jagjit Singh; Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir; bekas ADUN Kuala Sepetang, See Tean Seng dan Pengetua Sekolah Agama Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Changkat Jering, Abdul Majid Zainal Abidin turut dikurniakan DPMP.

Sementara itu, tiga pegawai tinggi pasukan keselamatan iaitu Panglima 8 Briged, Abdul Rahim Abdul Mutalib; Mohd. Nuar Rijaldin dari Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan 14 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 65 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 25 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 192 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 274 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 Pingat Jasa Kebaktian dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Wartawan Kumpulan Utusan Biro Perak, Ani Awang merupakan antara penerima PJK.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan