Rabu, 13 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kor Ming cetus kontroversi

Posted:

Kor Ming cetus kontroversi

Kor Ming cetus kontroversi

Oleh HAMDEN RAMLI,
ANI AWANG dan AMIZUL TUNIZAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 12 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 Perak hari ini.

Beliau satu-satunya ADUN yang memakai pakaian long suit berwarna kelabu sedangkan ADUN lain memakai pakaian istiadat dan bersongkok.

"Tindakan beliau itu jelas tidak menghormati Dewan. Sudahlah tidak memakai pakaian istiadat, pada masa sama tidak bersongkok," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Katanya, tindakan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah tidak menghormati kehadiran Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang merasmikan istiadat pembukaan DUN hari ini.

Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, sebagai bekas Exco dan telah menjadi wakil rakyat sejak 1999, Kor Ming seharusnya tahu pakaian istiadat yang perlu dipakai pada hari perasmian adalah pakaian nombor satu.

"Sepatutnya dia hormat kepada dewan kerana tuanku ada dalam dewan. Tapi hari ini saya nampak beliau pakai long suit, itu pun warna kelabu dan bukan warna hitam," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Kor Ming pada satu sidang akhbar di Wisma DAP negeri selepas itu, menegaskan, pakaian beliau seratus peratus mengikut Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Negeri Perak dan ia merupakan antara pakaian pilihan yang dibenarkan.

"Tidak timbul soal saya tidak menghormati sidang DUN dan tuanku (Raja Dr. Nazrin). Jauh di sudut hati saya, saya sangat menghormati sidang DUN dan tuanku," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang

Posted:

Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang

Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang


Che Som Mustafa melihat gambar perkahwinan anaknya, allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali bersama isterinya, Suriani Shafie. Turut kelihatan kakak allahyarham, Aliza di Kampung Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 12 April - "Saya tidak sangka dia pergi begini. Sebelum ini saya pernah menghalang cita-citanya untuk menjadi juruterbang jet pejuang tetapi sudah takdir dia pergi ketika memandu helikopter".

Demikian luahan ibu Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak, petang semalam.

Che Som Mustafa, 68, berkata, anak keenam daripada 10 beradik itu telah menunjukkan minat dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil lagi.

"Sebelum ini arwah pernah pergi temuduga untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang tetapi tidak berjaya kerana tidak bawa sijil asal keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada masa itu pun saya tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

"Anak saya menjadi juruterbang semasa bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kemudian berhenti dan menyertai sebuah syarikat penerbangan di Sarawak sebelum Sabah Air, dua tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, helikopter yang membawa pegawai Timbalan Perdana Menteri terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan.

Mek Som berkata, arwah merupakan seorang pelajar terbaik sejak zaman persekolahan sehingga menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tambahnya, kali terakhir dia bertemu Sahaimi pada 15 Mac lalu apabila dia pulang bermalam di rumahnya selepas membawa penumpang daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Sultan Ismail Petra.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi

Posted:

Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi

Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi


Isteri kepada arwah Sahami Ghazali, Suriani Shafie bersama anak-anaknya sewaktu jenazah arwah Sahami Ghazali tiba di kediaman ibunya di Wakaf Mek Zainab, semalam.


SIBU 12 April - Juruterbang helikopter jenis Bell 206, Sahaimi Ghazali, 38, sempat mengucap dua kalimah syahadat setelah dikeluarkan oleh orang awam dengan mencepungnya dari bangkai pesawat yang terhempas di Dataran Sanyan di sini petang semalam.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Sahaimi masih bernyawa ketika dikeluarkan dengan matanya terbuka memandang mata setiap empat orang yang berusaha menyelamatkannya dalam hujan lebat.

"Kami menggunakan payung untuk mengelakkannya dibasahi hujan dan ketika itu kami melihat nametag bertulis 'Sahaimi' di bajunya, lalu meminta beliau beristigfar dan mengucap, beliau kemudian mengucap sebelum dibawa ke dalam ambulans.

"Waktu itu, kami berempat bimbang takut-takut helikopter itu meletup kerana minyak kelihatan melimpah keluar tetapi mujurlah hujan lebat. Keadaan tubuh Sahaimi begitu menyayat hati dengan bahagian rusuk kanannya cedera parah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Sibu, semalam.

Sementara itu, jenazah Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di Kota Bharu, malam ini.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan