Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Ditamatkan kontrak serta-merta

Posted:

Ditamatkan kontrak serta-merta

Ditamatkan kontrak serta-merta

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan MD SHAHJEHAN MAAMIN
utusanN9@utusan.com.my


Ambrin Buang (kanan) melawat bangunan baru selepas Majlis Penyerahan bangunan Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan di Seremban 2, semalam.


SEREMBAN 8 April - Kontraktor bertanggungjawab melaksanakan kerja pembinaan projek bangunan Jabatan Audit Negara cawangan Pahang dikenakan tindakan tamat kontrak serta-merta apabila didapati gagal menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim berkata, tindakan itu diambil baru-baru ini, selepas kontraktor terbabit gagal menepati perkembangan kerja seperti dijadualkan selain memperlihatkan kelewatan kerja yang serius.

"Bangunan tersebut dijangka siap tahun ini, namun disebabkan masalah ini, projek pembinaan bangunan itu mungkin hanya dapat disiapkan tahun depan.

"Untuk itu, kita telah melantik kontraktor baru bagi memastikan projek yang menelan belanja hampir RM16 juta ini dapat diteruskan sekali gus disiapkan dalam tempoh berkenaan," katanya.

Judin berkata demikian pada majlis Penyerahan Bangunan Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Pengarah JKR Negeri Sembilan, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha dan Pengarah Audit Negeri Sembilan, Norzaini Alias.

Dalam perkembangan sama, Judin memberitahu, projek berkenaan merupakan antara empat bangunan Jabatan Audit Negara di beberapa negeri di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dirancang siap pada tahun ini juga.

"Tiga lagi projek pembinaan bangunan itu di Selangor, Melaka dan Kelantan berjalan lancar, dengan bangunan di Selangor sudah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Audit selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

"Sementara di Melaka dan Kelantan kita jangkakan ia siap pada penghujung tahun ini," jelasnya yang kini sedang memantau secara dekat perkembangan kesemua projek seliaan JKR itu.

Terdahulu, Ambrin dalam ucapan perasmian berkata, pihaknya termasuk seluruh warga Jabatan Audit negeri ini amat gembira dan berpuas hati dengan bangunan baru kerana ia dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti serta awal dari tempoh yang ditetapkan.

"Bangunan baru ini akan dikenali sebagai Wisma Audit Negeri Sembilan dan saya berharap dengan adanya bangunan yang kondusif ini warga kerja dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini

Posted:

17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini

17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini


Yusof Jantan (enam dari kanan) bermesra dengan sebahagian daripada 17 peniaga pada majlis dialog di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 8 April - Seramai 17 peniaga medan niaga berhampiran destinasi pelancong, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh di sini diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mempertimbangkan tawaran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut pada Jun ini

Ketua Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan berkata, peniaga di situ ditawarkan tiga pilihan sama ada berpindah ke lokasi baru yang disediakan di hadapan kedai madu lebah iaitu kira-kira 100 meter dari tapak niaga sekarang atau menyewa di premis perniagaan dengan harga sewa kedai lebih murah.

Menurutnya, tawaran lain yang disediakan juga termasuk memberi peniaga terbabit pampasan kira-kira RM1,200 sekiranya sewa tapak niaga lama berjumlah RM200 dan dikira sepanjang enam bulan medan niaga tersebut tidak beroperasi bagi kerja-kerja naik taraf kawasan itu.

"Kini, terpulang kepada peniaga di situ untuk membuat pilihan. Kita sedia berbincang dan berusaha untuk menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh peniaga.

"Jika mereka mahu berniaga di tapak baru yang disediakan, kita akan minta kontraktor yang terlibat menjalankan projek naik taraf medan niaga di situ sediakan tapak kedai baru untuk peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama 17 peniaga kedai makan dan kraftangan di medan niaga Ayer Keroh di sini hari ini.

Menurut Yusof, tapak sedia medan niaga yang terletak bersebelahan Taman Mini Malaysia itu perlu dinaik taraf bagi pembinaan kawasan letak kereta dan bas persiaran serta menambahkan beberapa unit kedai di situ selain meningkatkan keindahan persekitaran pada masa depan.

Katanya, keadaan sekitar di situ yang agak sempit menyukarkan laluan bas persiaran untuk keluar masuk dan meletak kenderaan memandangkan lokasi tersebut sering menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Taman Mini Malaysia dan Taman Asean selain Kedai Madu Lebah.

Ujar beliau, peniaga terbabit juga tidak perlu bimbang dengan notis mengarahkan mereka mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh 14 hari memandangkan ia berlaku disebabkan kesilapan teknikal daripada pihaknya.

Katanya, tapak medan niaga di situ perlu dinaik taraf bagi menjamin keselesaan peniaga dan menambah keindahan persekitaran kawasan tersebut demi memastikan jumlah pengunjung ke kawasan itu bertambah pada masa depan.

"Setakat ini, peniaga telah memberi reaksi yang baik terhadap tawaran PKNM dan kita sedia memberi masa kepada mereka untuk memikirkan tawaran yang sesuai mengikut keperluan mereka.

"Peniaga juga tidak perlu bimbang kerana apabila siap projek ini nanti, mereka akan tetap menjadi keutamaan untuk menyambung perniagaan di tapak niaga yang sedia ada," katanya.

Menurut beliau, projek naik taraf medan niaga di kawasan itu akan berjalan selama enam bulan bermula Jun dan dijadual siap pada Disember ini serta dijangka diletakkan di bawah pengurusan baru syarikat swasta manakala PKNM bertindak sebagai badan pemantau operasi medan niaga itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

Posted:

Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan