Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Kawal pembangunan tanah sawah

Posted:

Kawal pembangunan tanah sawah

Kawal pembangunan tanah sawah

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 2 April - Kerajaan Pas Kedah digesa mengkaji secara mendalam isu tanah sawah dibangunkan secara berleluasa dengan projek perumahan dan perindustrian di negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, jika masalah itu terus berlaku tanpa kawalan maka ia menjejaskan pengeluaran padi negara termasuk sasaran mengurangkan import beras yang kini berjumlah 30 peratus menjelang 2020.

"Kedah juga dikhuatiri kehilangan gelaran jelapang padi negara kerana banyak tanah sawah yang telah dibangunkan untuk projek perumahan dan perindustrian dan sehingga kini tiada ganti," katanya selepas merasmikan Majlis Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Pesawah Kedah Berhad, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kementerian memandang serius perkara itu kerana pelbagai masalah boleh timbul pada masa hadapan kalau kawasan tanah sawah terus ditimbus untuk projek perumahan atau industri.

"Contohnya banyak sawah dalam kawasan Lembaga Rancangan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang dibina projek pembangunan dan tidak diganti memandangkan penyediaan sistem pengairan menelan belanja mahal," katanya.

Kata Mohd. Johari, sebagai contoh kos membina sistem pengairan untuk menampung keperluan pesawah di Lembah Bujang di Merbok mencecah hampir RM100 juta.

Tegasnya, sepatutnya kerajaan negeri membuat kajian untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut untuk kepentingan pesawah dan pengeluaran padi negara.

Menyentuh tentang penubuhan koperasi pesawah tersebut, katanya, kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan pertanian terutama membabitkan generasi kedua petani di negeri ini bagi meningkatkan produktiviti mereka.

"Terdapat peluang yang boleh diceburi koperasi terbabit berkaitan industri padi sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

"Misalnya koperasi ini boleh bekerjasama dengan petani dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menguruskan sistem estet padi dalam meningkatkan pendapatan petani," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IRM cadang bina perpustakaan

Posted:

IRM cadang bina perpustakaan

IRM cadang bina perpustakaan


ZAWAHIR Abdullah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Amran Sudin berupa makanan untuk Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi di Padang Terap, semalam.


PADANG TERAP 2 April - Islamic Relief Malaysia (IRM) bercadang membina sebuah perpustakaan di Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi di sini bagi membolehkan 45 anak-anak yatim yang tinggal di situ menuntut ilmu dengan lebih sempurna.

Presiden IRM, Zawahir Abdullah berkata, pihaknya telah meninjau kawasan di pusat tersebut dan mendapati tiada sebuah perpustakaan lengkap untuk anak-anak yatim yang tinggal di situ.

"Projek untuk membina perpustakaan ini antara program pembangunan IRM dalam sektor pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim.

"Perpustakaan yang akan dibina pula dilengkapi dengan pelbagai jenis buku untuk kegunaan anak- anak yatim di pusat ini," katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mencari rumah anak-anak yatim yang memerlukan perpustakaan di seluruh negara dan sangat menggalakkan orang ramai menyumbang buku-buku kepada pihaknya untuk diletakkan di dalam perpustakaan tersebut.

"Kanak-kanak perlu disemai dengan minat untuk membaca sejak dari kecil lagi dan oleh sebab itu kami amat memerlukan buku-buku baru untuk diletakkan di dalam perpustakaan di rumah anak-anak yatim ini.

"Kami harap usaha untuk membina perpustakaan di rumah anak- anak yatim ini akan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, Amran Sudin berkata, anak-anak yatim yang tinggal di situ menunjukkan minat membaca yang mendalam.

"Sebelum ini, ada pihak yang datang melawat kami di sini bertanya keperluan anak-anak yatim di sini.

"Kebanyakan anak-anak yatim yang tinggal di sini berkata mereka mahu buku untuk dibaca jadi cadangan IRM membina perpustakaan di sini amat tepat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

Posted:

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

IPOH 2 April - Pemilik tanah terbiar di negeri ini diminta mengusahakan tanah mereka dengan tanaman pokok gaharu yang mampu memberi pulangan lumayan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pokok gaharu juga boleh ditanam dalam skala kecil serta penjagaannya tidak rumit.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, kayu gaharu yang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan minyak wangi sudah boleh mengeluarkan hasil untuk dieksport.

"Kerajaan negeri menggalakkan pemilik tanah memajukan tanaman ini kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi di Asia Barat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Pameran Hala Tuju Industri Gaharu di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Selain industri minyak wangi, kayu gaharu turut digunakan untuk membuat perhiasan, tonik minuman, teh dan sabun.

Hamidah berkata, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah melaksanakan projek perintis tanaman itu di Kledang Sayong, Kuala Kangsar tahun lalu.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan kawasan 100 hektar.

Beliau berkata, SADC boleh mewujudkan pusat pengumpulan dengan kerjasama Syarikat Kayu Gaharu (M) Sdn. Bhd. untuk memasarkan kayu gaharu di negeri ini.

"Melalui pengumpulan setempat itu akan memudahkan industri gaharu ditingkatkan dan sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan