Ahad, 17 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Isu sistem penggredan dua sekolah seni diatasi

Posted: 17 Apr 2011 02:59 PM PDT

Nasional

Kementerian jamin pelajar SsJB, SsK tiada masalah mohon IPT

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi jaminan pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SsJB) dan Sekolah Seni Kuching (SsK), tidak akan berdepan masalah ketika memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mereka menamatkan pembelajaran kelak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ibu bapa, guru serta pelajar sekolah terbabit tidak perlu risau walaupun sebelum ini wujud kebimbangan berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian sekolah berkenaan didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Katanya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan segala masalah yang timbul termasuk sistem penggredan digunakan dalam peperiksaannya supaya bukan saja menepati kehendak dan syarat kemasukan ke IPT, malah turut mampu melahirkan pelajar jurusan seni yang cemerlang.

"Antara langkah diambil termasuk mengarahkan BPK supaya mengadakan perbincangan dengan KPT bagi menyelesaikan masalah yang timbul berhubung sistem penggredan, sukatan serta modul diikuti pelajar Sekolah Seni, malah saya yakin ia akan dapat diatasi tidak lama lagi dan berharap ibu bapa, guru dan pelajar supaya tidak bimbang atau risau lagi.

"SsJB dan SsK ditubuhkan sejak Januari 2007 lalu menjadi perintis sekolah seumpamanya di negara ini dan kementerian merancang membuka lagi sekolah ini di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara tidak lama lagi.

"Sudah pasti kementerian akan memastikan nasib pelajar sekolah ini terbela dan mendapat peluang terbaik apabila mereka menamatkan pembelajaran apatah lagi kita berhasrat menjadikan Sekolah Seni kelolaan kita sebagai antara institusi kesenian berprestij di negara ini yang melahirkan pelajar jurusan kesenian berketrampilan, " katanya selepas program Juara Rakyat, di sini, semalam.
Bulan lalu, Berita Harian melaporkan kebimbangan ibu bapa dan guru terhadap nasib pelajar di kedua-dua sekolah seni berkenaan berikutan mereka dimaklumkan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian sekolah berkenaan tidak diiktiraf KPT.

Menurut laporan berkenaan, sistem penilaian dan pentaksiran subjek kesenian diambil pelajar terbabit dinilai dalam bentuk Band merangkumi Band I hingga VI, sistem sama digunakan dalam penilaian Malaysian University English Test (MUET) yang diiktiraf kerajaan tetapi dalam konteks mata pelajaran kesenian di sekolah seni, ia belum diiktiraf KPT.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dr M kagum Mariner 1 dibina syarikat Melayu

Posted: 17 Apr 2011 02:58 PM PDT

Nasional

  
 DR MAHATHIR beramah mesra dengan warga kerja NGV Tech selepas majlis pelancaran kapal  Mariner 1, di  Sijangkang,  kelmarin.

DR MAHATHIR beramah mesra dengan warga kerja NGV Tech selepas majlis pelancaran kapal Mariner 1, di Sijangkang, kelmarin.

BANTING: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpegun melihat kapal tunda Mariner 1 berharga RM27 juta milik syarikat dari Arab yang dilancarkan di Sijangkang adalah hasil kerja orang Melayu.

Sambil menyifatkan bakat Melayu tidak boleh dipermudahkan, beliau memuji kejayaan NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.

"Pada mulanya saya tidak percaya ada syarikat Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi kerana ia biasa dibuat oleh negara maju. "Tapi sekarang hasil sebegitu sudah mampu dilakukan masyarakat tempatan khususnya orang Melayu," katanya pada majlis pelancaran kapal tunda Mariner 1 kepada Marine Services Private Ltd (Arab Saudi) yang disempurnakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di limbungan Sijangkang dekat sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu Dr Mahathir juga menyerahkan kapal tunda MV Bima Mulu dan MV Seputeh kepada pembeli tempatan yang turut disaksikan Pengarah Eksekutif NGV Tech, Datuk Zulkifli Shariff.

Beliau memuji usaha syarikat Bumiputera itu melebarkan kegiatan membina kapal perang bagi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di samping memenuhi permintaan dari luar negara.

"NGV Tech juga berkesempatan melatih pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengenai kaedah pembuatan kapal pelbagai jenis," katanya.
Katanya, inisiatif syarikat itu juga membuktikan Bumiputera mampu bersaing hebat dengan kaum lain yang sudah lama menguasai industri berkenaan.

Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya berkata, NGV Tech meraih kontrak bernilai RM2.9 bilion sejak lima tahun lalu berikutan pertumbuhan industri perkapalan dunia serta keperluan mendesak industri petroleum dan gas.

Katanya, sejak memindahkan limbungannya ke Sijangkang pada 2005, pihaknya menyiapkan lebih 200 kapal pelbagai jenis bernilai RM2 bilion dan kini giat menyiapkan baki pesanan bernilai RM900 juta menjelang 2013.

Syarikat itu juga dalam perbincangan dengan beberapa pelanggan baru terutama Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Iran, Iraq dan Algeria berikutan minat mereka untuk menempah pelbagai jenis kapal untuk rondaan serta keperluan industri petroleum dan gas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan