Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Karnival Shapadu hangat

Posted:

Karnival Shapadu hangat

Karnival Shapadu hangat

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


Hujan tidak menghalang pengunjung untuk hadir melihat persembahan pada Karnival Hari Shapadu 2011 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 16 April - Karnival Hari Shapadu 2011 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Karnival yang bertujuan merapatkan hubungan kakitangan Shapadu dengan orang ramai itu julung-julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-39 syarikat tersebut.

Majlis perasmian karnival berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Shapadu, Shafiz Shahrani.

''Kami ingin melakukan satu kelainan bagi menyambut ulang tahun penubuhan syarikat kali ini selain ingin menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang ramai.

''Pelbagai program yang menarik telah dirancang selama dua hari karnival ini berlangsung di Dataran Kemerdekaan antaranya persembahan pancaragam daripada tiga buah sekolah yang menjadi acara pembuka majlis perasmian ini.

''Acara lain yang diadakan ialah pertunjukan polis berkuda dan Forum Perdana Ehwal Islam malam ini," kata Shafiz dalam ucapan perasmiannya hari ini.

Ujarnya, selain itu, acara yang dijangka menarik pengunjung adalah pertunjukan aksi lagak ngeri penunggang motosikal berkuasa tinggi, senamrobik dan larian amal.

Jelas beliau, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pemandangan sekitar bandar raya Shah Alam dari udara menerusi helikopter dengan menderma sebanyak RM50.

Sepanjang karnival hari ini, sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan 1,000 naskhah Kosmo! diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Sebanyak 50 gerai turut dibuka bagi memudahkan orang ramai membeli-belah sepanjang kunjungan mereka pada karnival berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental

Posted:

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental


MOHAMMED Najeeb Abdullah (tengah) dan Baharudin Jali (kiri) membuat pelepasan peserta Konvoi Promosi Gerakan Massa Generasi Muda di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban, semalam.


SEREMBAN 16 April - Belia perlu terus berdaya saing dan tidak lesu dalam menghadapi kerenah massa dan perubahan perilaku untuk berada di posisi hadapan sebagai pemimpin berkaliber.

Pengarah Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, belia abad ini perlu menyerlah dalam semua aspek dan bidang untuk menjadi penyumbang utama pembangunan dan kemajuan negara.

''Belia perlu versatil dan ada kekuatan luar biasa untuk bangkit dalam apa juga keadaan bersama-sama kerajaan melonjakkan negara ini ke era kecemerlangan.

''Ini perlu dibuat melalui kesepakatan, kesedaran, kekuatan jati diri dan daya saing tinggi tanpa ada perasaan curiga atau bermusuhan antara satu sama lain," katanya di Kuala Klawang, Jelebu, dekat sini, hari ini.

Baharudin berkata demikian dalam ucapan selepas menyambut Konvoi Promosi Gerakan Massa Generasi Muda peringkat negeri ini berhenti di pekan berkenaan.

Sebelum ini, konvoi sebanyak 60 kenderaan dengan 150 peserta itu telah dilepaskan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Konvoi selama dua hari ini turut mengedarkan risalah berkaitan sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei depan selain dilangsungkan aktiviti gotong-royong bersama belia dengan menjelah di daerah Seremban, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang menyambut kedatangan peserta konvoi di Jelebu menjelaskan, konvoi sebegini memperlihatkan sikap belia yang cukup erat dan tidak berkira dalam melakukan aktiviti secara bersama.

''Aktiviti ini yang bukan sahaja singgah di setiap daerah tetapi membawa bersama generasi belia menyertai masyarakat dan merasai denyut nadi mereka melalui gotong-royong yang dijalankan," ujar Razak.

Esok peserta konvoi akan berada di Gemencheh, Johol sebelum ke Rembau dan menyusul ke Linggi sebelum ia dijadualkan berakhir di Labu, dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua penunggang maut digilis lori

Posted:

Dua penunggang maut digilis lori

Dua penunggang maut digilis lori

SEREMBAN 16 April - Dua penunggang motosikal maut dalam tempoh 24 jam selepas masing-masing digilis lori dalam dua kemalangan berasingan semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam, seorang penjual ais krim warga Pakistan maut selepas digilis dan diseret treler sejauh kira-kira 50 meter dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus, di sini.

Muhammad Salis, 32, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal dari arah Kuala Pilah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong treler membawa muatan besi, tetapi gagal sebelum bergesel dengan sebuah van dari arah bertentangan.

"Mangsa terperosok di bawah tayar belakang lori sebelum digilis dan diseret bersama motosikalnya," katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan di Jalan Mantin-Seremban dekat sini, seorang pemuda, Shaifulnizam Abu Hassan, 31, maut selepas terjatuh dari motosikal sebelum digilis dari arah bertentangan oleh sebuah lori.

Mangsa dari Taman Senawang Jaya meninggal dunia di lokasi kemalangan pada pukul 4.30 petang ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa dalam perjalanan dari Mantin ke arah Seremban cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum digilis lori

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi berharap saksi dapat tampil membantu polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan