Ahad, 17 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Siasatan kes video seks selesai

Posted: 17 Apr 2011 03:31 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah). "Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

Jam tangan itu adalah antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Susulan itu, polis mengemukakan nombor pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi pengesahan pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

"Identiti pemilik jam itu bukan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila Shazryl Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, serta Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah individu terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Muda Perlis sedih Hari Pahlawan berlalu tanpa disedari

Posted: 17 Apr 2011 02:34 AM PDT

Mutakhir

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini meluahkan rasa sedih kerana kebanyakan rakyat seolah-olah tidak lagi menyedari kewujudan sambutan Hari Pahlawan.

Titah baginda, keadaan itu ditunjukkan menerusi sikap masyarakat yang membiarkan sambutan tersebut berlalu begitu sahaja.

"Perkara ini menyedihkan dan tidak menggambarkan keprihatinan masyarakat termasuk kepimpinan sektor awam dan swasta terhadap jasa besar para pahlawan," titah baginda pada Hari Keluarga Regimen 504 Askar Wataniah di sini. Baginda bertitah, sewajarnya sambutan Hari Pahlawan dilakukan secara besar-besaran sejajar dengan pengorbanan yang dilakukan pasukan tentera dalam menjaga keselamatan negara.

Di Australia, New Zealand dan United Kingdom, Hari Pahlawan dijadikan salah satu acara utama dan disambut segenap lapisan masyarakat, titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah.

Baginda seterusnya menyarankan agar publisiti lebih meluas diberikan mengenai Hari Pahlawan agar kesedaran rakyat mengenai jasa pasukan tentera dapat dipertingkatkan.

"Kesejahteraan dan kemakmuran negara kita tidak datang begitu sahaja tetapi adalah hasil titisan darah pejuang dan pahlawan yang telah berkorban nyawa untuk memastikan keamanan negara yang berterusan," titah baginda.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Panglima 6 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Tajri, serta jaguh skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar.

Pada majlis itu, Raja Muda turut berkenan menyampaikan pakaian celoreng kepada Mohd Azlan yang juga anggota sukarela Tentera Darat dalam Skuadron Semboyan Askar Wataniah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan