Ahad, 17 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

Posted:

2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

17/04/2011 6:34pm

KUALA TERENGGANU — Dua nelayan warganegara Kemboja hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh tekong warganegara Thailand di perairan negara ini.

Tertuduh, Arifin Salleh, 27, dan adiknya Kadir, 25, didakwa membunuh Phat Phetpuk di dalam sebuah bot nelayan kira-kira 1 tengah hari, 27 Mac lalu di perairan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari wilayah Dombei Komprecho, Kemboja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Siti Faraziana kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

Posted:

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

17/04/2011 6:32pm

KUALA LUMPUR — Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai .

"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.

Othman berkata, operasi bermula kira-kira pukul 11.40 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2 petang.

Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

Posted:

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

17/04/2011 5:34pm

KOTA BHARU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyelesaikan 39 kes penyeludupan rokok haram bernilai RM316,761 dengan nilai cukai lebih RM1.7 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Kastam Kelantan, Zakaria Yusoff berkata sejumlah 25,967 karton rokok pelbagai jenama telah dirampas daripada 39 kes di seluruh negeri itu.

"Dalam tempoh empat bulan pertama itu juga, dua individu telah ditahan dan didakwa di mahkamah berhubung kesalahan di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes terbaru berlaku dua hari lalu, selepas mengintip selama lima jam Kastam Kota Baharu merampas 7,620 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM167,640 daripada sebuah lori di km21, Kampung Banggol Kewat, Kok Lanas, Jalan Machang-Kota Baharu.

"Dalam serbuan 11 malam itu kita mendapati lori itu dipenuhi dengan muatan sofa dan tilam terpakai yang digunakan untuk melindungi kotak-kotak dan guni berisi rokok tidak sah pelbagai jenama dengan cukai keseluruhan barangan rampasan itu bernilai RM713,217," katanya.

Zakaria berkata kesemua barangan rampasan termasuk lori berkenaan dibawa ke Kastam Kota Baharu untuk tindakan lanjut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan individu yang terlibat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum tidak lebih dua puluh kali ganda daripada nilai rokok atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan