Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Bersubahat terima rasuah

Posted:

Bersubahat terima rasuah

Bersubahat terima rasuah

oleh SUWARNI MOKHTAR
dan SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd. Noor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung penganugerahan 'Dato' Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lalu.

Mohammad Agos, 52, yang berkopiah putih dan berjaket hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Dia didakwa bersubahat dengan Nor Azimah Jamaludin, 31, untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd. bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 daripada Izuldin Hani Mohd. Noor di Restoran McDonald's, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini pada 8 Disember tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Long Yunus Negeri Kelantan.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' padahal ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 kira-kira pukul 5 petang pada tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan pilihan ditawarkan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Sementara itu, Nor Azimah turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin bagi tuduhan menerima rasuah dan menipu mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 16(a)(A) akta tersebut dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohammad Agos yang diwakili peguam Wan Helmi Wan Hassan dan Nor Azimah, masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nor Azimah yang tidak diwakili peguam bela mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) akta tersebut iaitu menerima rasuah RM150,000 daripada ahli perniagaan, Salleh Jahaya bagi tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Nor Azimah didakwa menerima cek CIMB Bank bernilai RM75,000 bertarikh 12 November 2010 daripada Salleh Jahaya di Brass Cafe, Hotel Crystal Crown, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 13 November tahun lalu.

Dia turut didakwa menerima cek bernilai RM75,000 bertarikh 30 November 2010 daripada ahli perniagaan itu di lokasi yang sama antara 20 dan 30 November 2010.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung

Posted:

Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung

Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung


AIDILFITRI Idrus menutup muka dengan baju untuk mengelak wajahnya dirakamkan jurugambar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 8 April - Suasana tenang di Mahkamah Tinggi di sini bertukar hiba apabila beberapa ahli keluarga seorang bekas jurujual kereta tidak mampu menahan kesedihan setelah tertuduh dihukum gantung kerana mengedar 18,889 gram kanabis, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim menjatuhkan hukuman itu hari ini selepas mendapati Aidilfitri Idrus, 41, bersalah setelah pembelaannya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Pada mulanya ahli keluarga tertuduh yang duduk di galeri awam nampak tenang tetapi tiba-tiba menangis teresak-esak sebaik sahaja hukuman dijatuhkan.

Terdahulu Nurmala berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri hanyalah penafian semata-mata, selain mereka-reka cerita agar selari dengan fakta perbicaraan.

Jelasnya, keterangan Aidilfitri yang mendakwa beg berisi kanabis itu kononnya milik orang lain juga tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai kerana saksi pendakwa memberitahu tertuduh sentiasa memegang beg tersebut.

Malahan tertuduh, kata Nurmala, memainkan peranan utama untuk membawa dan menyerahkan kanabis selepas bayaran dibuat.

Aidilfitri yang berbaju T biru dan berseluar coklat dilihat bersahaja ketika hukuman dijatuhkan.

Dalam pembelaannya sebelum ini, tertuduh mendakwa hanya menolong kawan sepupunya untuk menghantar sebuah beg tanpa mengetahui kandungannya kepada seorang lelaki yang tidak dikenali.

Aidilfitri didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.40 petang, 30 April 2008 di tepi jalan berdekatan Pasaraya Tesco, Lebuh Kudin di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

Posted:

Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

BUTTERWORTH 8 April – Pihak pembelaan yang mewakili Hasbie Satar hari ini memohon Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan lelaki tersebut daripada pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.13 juta.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan itu dengan alasan kertas pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah tidak jelas dan cacat kerana tidak menyatakan butiran kegiatan haram yang didakwa dilakukan oleh anak guamnya.

Muhammad Shafee yang turut dibantu oleh peguam Badrul Munir Mohd. Bukhari, Mohd. Fairus Masri dan Shahril Lamin menyifatkan perkara itu mustahak kerana anak guamnya berhak mengetahui kegiatan haram yang menjadi subjek dalam kes tersebut.

"Aktiviti pengubahan wang haram adalah satu kesalahan yang kompleks dan kami berhak mengetahui apa jenis kesalahan yang dilakukan. Jika tidak dinyatakan, maka kes ini tidak sepatutnya diteruskan dan anak guam saya perlu dilepaskan tanpa dibebaskan.

"Jika mahkamah mempunyai asas supaya kes ini diteruskan, pihak pendakwaan perlu meminda kertas pertuduhan supaya ia menerangkan dengan spesifik kesalahan kegiatan haram yang dikaitkan dengan wang berkenaan," katanya.

Hasbie yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.13 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar dekat sini pada 11 Februari 2010.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandiz yang mengendalikan pendakwaan dalam hujahnya bagaimanapun berkata, pertuduhan yang dikemukakan adalah sah dan memadai kerana memenuhi keperluan undang-undang.

Katanya, tiada sebarang keperluan untuk mengubah pertuduhan tersebut kerana tidak berlaku sebarang percanggahan dengan Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah.

Justeru, pihaknya memohon supaya permohonan pihak pembelaan itu ditolak.

Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan 6 Mei ini untuk keputusan sama ada mengekalkan atau tidak pertuduhan yang dikemukakan terhadap Hasbie dalam kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan