Utusan Online - Politik |
Posted: Tolak calon kitar semulaKUCHING 14 April - Rakyat negeri ini perlu mengingatkan diri sendiri bahawa setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk memilih kerajaan yang baik pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 Sabtu ini. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, mereka juga perlu menjadikan iktibar daripada pengalaman rakyat di negeri yang dikuasai pembangkang, apabila ditindas dan juga ditipu dengan 1,001 janji palsu. Justeru, katanya, beliau berharap rakyat Sarawak akan menjadikan peristiwa berkenaan sebagai penentu undian untuk menentukan masa depan mereka. "Pada masa yang sama, mereka perlu menolak calon kitar semula yang diketengahkan pembangkang terutamanya Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Baru Bian, termasuk muka-muka kalah dalam pilihan raya lalu, selain calon yang tidak diketahui kewujudan mereka dalam dunia politik," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran Projek Jalan Akses Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Opar di Kampung Stungkor Baru dekat Lundu. Dalam pada itu, Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, parti itu tidak pernah melakukan amalan diskriminasi dalam pemilihan calon seperti yang sering diapi-apikan pembangkang. Sebaliknya, kata beliau, BN mengutamakan dan mengambil kira kepentingan semua kaum di negeri ini, berbeza dengan pembangkang yang tidak sepakat dalam soal pengagihan kerusi mahu pun pemilihan calon mereka. Selain itu, katanya, BN amat mementingkan kesatuan sebagai pendekatan untuk meyakinkan rakyat bahawa parti tersebut bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar bagi melonjakkan Sarawak ke arah pembangunan yang lebih tinggi. "Oleh itu, adalah mustahak bagi rakyat Sarawak untuk melihat apa yang ditawarkan BN yang terbukti berjaya dan tidak berhadapan dengan masalah. "Ini kerana dari segi pembahagian kerusi dan siapa yang harus jadi calon, kita sudah ada formula yang telah wujud sekian lama dan masih berkesan sehingga kini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
DAP dibidas labelkan SUPP parti Orang Utan Posted: DAP dibidas labelkan SUPP parti Orang UtanKUCHING 14 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan DAP kerana melabelkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dianggotai orang Cina di negeri ini sebagai parti Orang Utan. Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu amat menghina sedangkan terdapat tataetika yang perlu digunakan dalam sistem demokrasi di negara ini. Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu disebabkan oleh SUPP kembali meraih sokongan masyarakat Cina di negeri ini sehingga merunsingkan DAP. "Kadang-kadang lebih banyak dia kata sebegitu (menghina), lebih banyak malang yang menimpa DAP, jadi terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian. "Label itu tidak seharusnya mempengaruhi fikiran pengundi sehingga mereka beranggapan kalau memilih SUPP yang mewakili Barisan Nasional (BN), mereka tidak membuat keputusan yang baik," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Sungai Apong di sini hari ini. Beberapa hari lalu, Ketua Publisiti DAP pusat, Dr. Hew Kuan Yau dalam ceramahnya melabelkan SUPP sebagai parti Orang Utan sehingga lima calon parti itu, Sim Kiang Chiok (Padungan), Dr. Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Datuk Alfred Yap (Kota Sentosa) dan Tan Joo Phoi (Batu Kawah) bersama 300 penyokong mengadakan perarakan bantahan semalam. Mereka yang membawa pemidang berbunyi Orang Sarawak Bukan Orang Utan dan Politikus Semenanjung Jangan Hina Orang Sarawak kemudian menyerahkan surat bantahan yang diterima oleh Setiausaha DAP negeri, Chong Chieng Jen. Menjawab satu soalan pemberita, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan parti pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk menakutkan pengundi apabila mereka terdesak dengan mengimport jentera dari Semenanjung. Namun beliau melahirkan keyakinan bahawa budaya samseng seperti itu tidak akan diterima pengundi negeri ini. "Mungkin tujuan mereka untuk menakut-nakutkan, kalau kawasan tidak mirip (sokong) kepada mereka, mereka akan cuba buat kacau. "Tetapi saya yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis yang telah membuat kenyataan bahawa keadaan adalah selamat." katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan