Utusan Online - Jenayah |
Tiga maut kereta bertembung lori tangki Posted: Tiga maut kereta bertembung lori tangkiOleh KAMARUDIN HAMZAH
BESUT 14 April - Tiga pelajar perempuan di kampus utama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan maut, manakala dua rakan mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai dekat sini, pagi ini. Mereka yang terbunuh ialah Nordiana Mohd. Nor, 22, berasal dari Johor; Zur Iras Zakaria, 19, dari Kampung Titian Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabbar, 19 tahun dari Tanah Merah, Kelantan. Dalam nahas kira-kira pukul 6 pagi itu, Nordiana (pemandu) dikatakan tersepit di kerusi pemandu, manakala Zur Iras tercampak keluar. Kedua-duanya mati di tempat kejadian. Sementara Nurul Shahidah dari Tanah Merah pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut. Dua mangsa yang cedera parah ialah Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Bazilah Abdullah, 19, dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Kesemua lima sahabat itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Suprintendan Noor Zainy Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku sewaktu kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Bachok. Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan cuba memotong kenderaan lain di depannya tetapi gagal lalu bertembung dengan lori tangki minyak tersebut. "Sejurus kenderaan itu bertembung, lori tanpa muatan terlibat yang dipandu oleh Khairi Ayob, 43, kemudian turut merempuh pokok dan sebuah wakaf di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit di situ," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, pemandu lori itu yang ketika kejadian dalam perjalanan untuk mengisi minyak di Kerteh, Kemaman hanya cedera ringan dan dia dirawat di Hospital Besut. Sementara itu, lima pelajar berkenaan yang tinggal di Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh, Kelantan itu dikatakan menaiki kereta milik rakan mereka untuk pergi bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam tadi. Rakan mangsa, Norasyikin Nasri, 19, berkata, pada mulanya, dia dan rakannya, Nur Amirah Shamsudin, 20, berbincang untuk bersama-sama Nordiana ke Kuala Terengganu, namun mengubah fikiran di saat akhir sebelum diganti oleh Nurul Shahidah dan Zur Iras. "Pagi ini, saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan pada awalnya saya anggap kemalangan biasa saja, namun sebaik tiba di hospital, rupa-rupanya tiga rakan saya sudah 'tiada'," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini. Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Lelaki bakar diri koma, dua anak bedah kulit Posted: Lelaki bakar diri koma, dua anak bedah kulitALOR SETAR 14 April - Lelaki yang bertindak membakar diri di Kampung Ruat, Yan di sini semalam masih dalam keadaan kritikal manakala dua anak lelakinya yang turut melecur terkena api kian stabil. Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr. Juita Ghazali berkata, Zinol Ismail, 51, melecur hampir keseluruhan badannya. "Dua anaknya, Badrul Amin, 14, dan Amirul Hadi, 12, terpaksa menjalani pembedahan minggu depan untuk memulihkan semula kulit yang melecur. Bapa mereka masih belum stabil dan pihak hospital masih memantau rapi keadaannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi semalam, Zinol yang mempunyai rekod sakit mental dan pernah dua kali menerima rawatan di hospital membakar diri menggunakan petrol. Dua anaknya yang berada di rumah ketika kejadian turut melecur di badan kerana ingin menyelamatkan bapa mereka. Sementara itu isteri Zinol, Salma Saad, 47, berkata, dua anaknya sering bertanyakan keadaan bapa mereka. "Saya hanya mampu menjawab bapa mereka masih dirawat dan keadaannya teruk. Suami saya masih tidak sedarkan diri," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan