Utusan Online - Mahkamah |
Pasangan warga asing tarik balik saman JAIK, MAIK, kerajaan Kedah Posted: Pasangan warga asing tarik balik saman JAIK, MAIK, kerajaan KedahALOR SETAR 14 April - Pasangan suami isteri warga Amerika Syarikat hari ini menarik balik saman yang difailkan terhadap Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JAIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Kerajaan Negeri Kedah tiga tahun lalu Randal Kit Barnhart, 67, dan Carole Joanne Barnhart, 66, yang merupakan pelayar memfailkan writ saman pada 4 Jun 2008 terhadap ketiga-tiga pihak itu kerana didakwa menceroboh serta menyerbu kediaman mereka di Kondominium Lagenda, Kuah, Langkawi tanpa sebab pada 14 Oktober 2006. Peguam JAIK dan Kerajaan Negeri Kedah, Rafiah Yusuf berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, See Mee Chun membuat keputusan di kamar beliau untuk membenarkan permohonan pasangan itu membatalkan kes tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah bagi kos. Pasangan itu yang tidak hadir ke mahkamah hari ini diwakili oleh peguam Foong Chee Keen. Dalam saman mereka, pasangan itu menuntut pampasan RM4,315 daripada defendan sebagai kos penerbangan mereka ke Amerika Syarikat serta ganti rugi teladan dan kos-kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Dalam kejadian 14 Oktober 2006 itu, Barnhart dan isterinya, Carole mendakwa, enam pegawai jabatan agama Islam mengetuk pintu kondominium mereka pukul 2 pagi. Pasangan itu pada mulanya dikatakan enggan membenarkan rumah mereka diperiksa, tetapi selepas enam pegawai itu bertindak agresif mereka terpaksa mengalah. Pasukan pegawai agama itu melakukan serbuan tersebut selepas mereka mengesyaki terdapat kegiatan tidak bermoral di situ. Malah dakwa Barnhart lagi, sebelum meninggalkan rumahnya, seorang pegawai itu meminta untuk melihat isterinya, termasuk mendesak supaya dia menunjukkan sijil perkahwinan dan pasport mereka. Berikutan kejadian itu, Barnhart mahukan surat permohonan maaf dari jabatan agama dan surat jaminan agar mereka tidak diganggu lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kes 7 lanun Somalia ke Mahkamah Tinggi Posted: Kes 7 lanun Somalia ke Mahkamah TinggiKUALA LUMPUR 14 April - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes tujuh lanun Somalia yang didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kapal dagang Bunga Laurel dengan niat merompak di perairan Oman pada Januari lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas agar kes itu disebut di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan sebarang tarikh sebutan. Tertuduh-tertuduh terdiri daripada Ahmed Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamed Abdile, 18, Abdi Hakim Mohd. Abdi, 18, dan tiga remaja lain yang masing-masing berusia 15 tahun. Kesemua lelaki tersebut didakwa melepaskan tembakan ke arah ATM dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan bagi tujuan rompakan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di atas kapal dagang Bunga Laurel di koordinat Latitud 20' 14.73N Longitud. 083' 39.96E, 250 batu nautika (436 kilometer) dari perairan Oman antara pukul 8.10 malam dan 10 malam, 20 Januari lalu. Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Menurut laporan akhbar, dalam kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan tujuh lanun berkenaan manakala tiga daripadanya cedera selepas dua jam berbalas tembakan dengan pasukan tentera tersebut. Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) TLDM, Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel ketika melalui perairan Teluk Aden. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan