Selasa, 12 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


‘Pahang muflis tak berasas’

Posted:

'Pahang muflis tak berasas'

'Pahang muflis tak berasas'

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 12 April – Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri muflis tidak berasas sama sekali apabila Pahang masih lagi mampu memberi sumbangan dan bantuan kepada kumpulan sasar selain meneruskan projek pembangunan di semua daerah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang masih berupaya menyalurkan peruntukan seperti wang perbelanjaan kepada pelajar universiti tanpa mengira kaum.

"Jika benar kerajaan negeri muflis, bagaimana kita masih mampu memberi bantuan kepada rakyat miskin, orang kurang upaya (OKU) dan golongan memerlukan.

"Malah, kita masih mampu menyediakan peruntukan tahunan kepada Yayasan Pahang bagi menaja pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pengajian ke universiti," tegasnya.

Beliau menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu Adnan berkata, semua syarikat dan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan atas tujuan perniagaan mencatatkan keuntungan berdasarkan prestasi kewangan tahunan yang membanggakan.

"Tidak dinafikan bahawa semua syarikat dan badan berkanun terbabit pada awal penubuhannya dibantu oleh kerajaan negeri.

"Bagaimanapun pada masa ini, mereka yang menjana pendapatan sendiri dan beroleh keuntungan sekali gus tidak lagi mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri masih lagi mempunyai tanggungjawab ke atas mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan untuk menyediakan khidmat sosial bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi.

"Ia seperti Lembaga Muzium Pahang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MUIP sasar zakat RM80j

Posted:

MUIP sasar zakat RM80j

MUIP sasar zakat RM80j


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (empat dari kiri) bersama wakil-wakil penyumbang zakat di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 12 April - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyasarkan kutipan zakat RM80 juta pada tahun ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, MUIP yakin mampu mencapai sasaran itu selepas mengutip zakat RM74.6 juta pada tahun lalu.

''Kutipan zakat pada tahun lalu menunjukkan peningkatan 12.3 peratus berbanding RM66.4 juta pada 2009," titah baginda selepas majlis penyerahan zakat bernilai RM5.5 juta daripada enam syarikat korporat di Istana Abdul Aziz di sini hari ini.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP menerima wang zakat daripada Lembaga Tabung Haji Pahang bernilai RM2.08 juta, Tenaga Nasional Berhad (RM1.6 juta), Bank Rakyat (RM1.3 juta), TH Travel Sdn. Bhd. (RM150,000), Affin Fund Management (RM100,000) dan Perbadanan Nasional Berhad (RM100,00).

Tengku Abdullah bertitah, bagi mencapai sasaran, MUIP akan menumpukan kepada syarikat korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyumbang terbesar.

''MUIP menyasarkan dapat mengutip sebanyak RM34 juta daripada syarikat korporat dan GLC pada tahun ini," titah baginda.

Menurut baginda, golongan kedua terbesar sebagai pembayar zakat ialah kakitangan awam dan swasta menerusi potongan gaji.

''Sebanyak RM23 juta disasarkan dapat dikutip daripada 41,000 pembayar zakat tahun ini berbanding RM20.4 juta daripada 36,846 pembayar zakat tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah memberitahu, MUIP berjaya mengutip RM15.5 juta zakat dalam tempoh empat bulan tahun ini berbanding RM11.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Antara faktor peningkatan itu ialah kejayaan kempen di tanah rancangan Felda yang diadakan pada Februari dan Mac lalu.

''Seramai 100 pembayar zakat baru dihasilkan sepanjang kempen tersebut," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaji minimum bukan langkah terbaik - Adnan

Posted:

Gaji minimum bukan langkah terbaik - Adnan

Gaji minimum bukan langkah terbaik - Adnan

KUANTAN 12 April - Cadangan melaksanakan gaji minimum untuk kakitangan awam dan swasta bukan langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan meningkatkan produktiviti kerja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, gaji minimum hanya akan membolehkan pekerja mendapat ganjaran adil tetapi masih belum mampu menyelesaikan masalah berkaitan kemiskinan.

"Oleh itu, kerajaan masih meneliti perkara ini dengan serius dan mencari mekanisme paling sesuai termasuk mengkaji dengan mendalam kesannya secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd. Shohaimi Jusoh (BN-Lepar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut Adnan, jika gaji minimum ditetapkan begitu tinggi, ia boleh menjejaskan ekonomi selain menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara upah yang diterima dan produktiviti yang dihasilkan.

"Gaji minimum sepatutnya tidak memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi daripada aspek daya saing dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan bersetuju dengan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam mekanisme penepatan gaji termasuk kadar gaji minimum.

Cadangan itu tambahnya, akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen pada Jun ini bagi membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan