Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Jalan rosak perkara biasa?

Posted:

Jalan rosak perkara biasa?

Jalan rosak perkara biasa?

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


ANTARA jalan raya di Pandan Indah rosak teruk dan berlubang yang didakwa berpunca daripada kurang penyenggaraan dan kualiti turapan yang rendah.


KUALA LUMPUR 18 April - Penduduk di sekitar Pandan Indah di sini merungut kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan jalan raya yang rosak teruk dan berlubang setiap hari.

Kata mereka, sebagai kemudahan awam yang utama, jalan raya sepatutnya sentiasa dalam keadaan yang baik, bukannya sesuatu yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan orang ramai serta dianggap sebagai perkara biasa.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan-jalan sekitar kawasan tersebut mendapati banyak jalan yang rosak serta tidak diturap dengan sempurna yang menyebabkan terdapat banyak lubang besar.

Seorang pemandu, Mohd. Hafiz Amran, 30, berkata, turapan jalan yang dilakukan tidak mampu bertahan lama dan akan kembali berlubang dalam masa sebulan sahaja.

"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat memastikan turapan yang dibuat berkualiti tinggi supaya permukaan jalan yang rata dan sempurna dapat kekal lebih lama.

"Dengan jumlah kenderaan yang tinggi dan keadaan cuaca panas dan hujan di negara ini, isu kualiti jalan harus menjadi keutamaan pihak berkuasa supaya ia mampu bertahan lama," katanya di sini baru-baru ini.

Dia mencadangkan agar kualiti penyenggaraan dan turapan jalan oleh operator lebuh raya dijadikan panduan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Firdaus Ngabi, 23, berkata, permukaan jalan yang tidak rata dan beralun amat berbahaya kepada penunggang motosikal sepertinya.

"Kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal sememangnya tinggi dan risiko itu akan meningkat jika keadaan jalan rosak dan berlubang.

"Apabila kami mengelak lubang terutama secara tiba-tiba, ada kemungkinan kami akan dilanggar oleh kenderaan yang datang dari belakang," jelasnya.

Seorang penduduk, Siti Nor Jiha Salleh, 21, pula berkata, pihak berkuasa perlu memberikan tumpuan kepada kualiti jalan kerana ia adalah cerminan kepada imej dan keberkesanan sesebuah pihak berkuasa.

"Kalau jalan elok, bukan sahaja orang ramai tidak merungut dan kemalangan dapat dihindar tetapi juga menjadikan pemandangan di sesebuah kawasan lebih cantik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah mampu milik ditambah

Posted:

Rumah mampu milik ditambah

Rumah mampu milik ditambah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) bersalaman dengan sebahagian perwakilan yang menyertai Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – utusan/Riduan Rizal


KUALA LUMPUR 18 April – Kerajaan akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di beberapa kawasan bagi memastikan golongan belia tidak perlu menyewa atau menetap di luar ibu kota.

Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan lebih ramai orang menghuni bandar raya Kuala Lumpur menjelang tahun 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu akan dipergiatkan kerana kerajaan menyedari bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan belia.

"Kita sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan kerana itu, kerajaan berusaha menangani isu perumahan ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul daripada seorang perwakilan dalam Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di sini, kelmarin.

Perwakilan berkenaan mencadangkan supaya kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada golongan muda memiliki rumah sendiri.

Golongan belia berpendapatan rendah dikatakan tidak dapat memanfaatkan pengenalan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan kerajaan berikutan harga kebanyakan rumah di ibu kota melampaui kemampuan mereka.

Selain itu, DBKL juga diminta melonggarkan syarat sewaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberi peluang kepada golongan belia terutama yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak untuk menyewa sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Tempoh itu adalah bagi memberi peluang kepada pasangan belia untuk menabung dan kemudian digunakan untuk pembayaran deposit untuk membeli rumah.

Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, DBKL mempunyai syarat tersendiri bagi penyewaan rumah kos rendah kerana bilangan unit yang terhad sedangkan senarai menunggu terlalu panjang.

"Atas sebab itu juga, jika keutamaan diberi kepada keluarga kecil (pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi belum mempunyai cahaya mata), kita bimbang keluarga besar (dengan anak ramai) akan ketinggalan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia

Posted:

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia


SAFIE Asnawi (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan akses e-tutor kepada Toha Ali di SMK Tiram Jaya, Tanjong Karang, baru-baru ini.


TANJONG KARANG 18 April - Seramai 120 pelajar dari tiga buah sekolah menengah dan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sini menerima tajaan pakej pembelajaran keluaran Kumpulan Utusan, e-tutor.

Sumbangan daripada Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Safie Asnawi itu melibatkan 20 akses e-tutor bernilai RM150 setiap satu kepada dua sekolah rendah untuk rujukan serta latih tubi khususnya bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, Mhd. Sidin Thaukit turut menyumbang sebanyak 20 akses untuk digunakan oleh calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Mhd. Sidin yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tiram berharap penajaan tersebut dapat membantu pelajar sekolah terlibat untuk meraih kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di SMK Tiram Jaya, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pegawai Daerah Kuala Selangor, Ahmad Radzi Saari, Pengetua SMK Tiram Jaya, Toha Ali, Guru Besar SK Seri Tiram, Rosli Yusof dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Pemasaran dan Perniagaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd. (Perfisio), Mohd. Yusri Abdul Ghani.

Mhd. Sidin juga sedia menimbang untuk menggunakan aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) Versi 2.0 keluaran Perfisio bagi membantu calon SPM.

Katanya, ibu bapa yang berminat mendapatkan aplikasi tersebut daripada sekolah hanya perlu membayar RM120 manakala baki RM30 akan ditaja oleh pihaknya.

Sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran e-tutor boleh dibuat dengan menghubungi Perunding Perniagaan Baru Perfisio Solution Sdn. Bhd, Mohd. Ali di talian 019-2405808.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan