Isnin, 18 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Cegah murid gemuk

Posted: 17 Apr 2011 11:39 AM PDT

MukaDepan

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta. Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

"Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.
Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

"Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar," katanya.

Mengenai jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Port Dickson, Liow berkata, daripada 84 pelatih yang dijangkiti virus itu hanya 23 orang masih menerima rawatan.

"Daripada jumlah itu, lima dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), termasuk seorang pelatih Pulapol yang disahkan mengalami gejala penyakit menyamai Influenza (ILI). Bagaimanapun keadaan mereka stabil," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hairudin bin Din

Patut dari dulu lagi dah dikuatkuasakan..nape lambat sangat...

nina

sokong dgn melarang kantin menjual makanan yg berlemak dan menggemukkan. tapi harus diingatkan, di rumah murid2 terdedah dengan makanan ringan @ 'fast food'... jika di sekolah mrk tak dpt, di rumah dan bila keluar berjalan2 dgn ibu bapa, mrk masih dijamu dgn 'fast food'... program ni tetap tk berjalan lancar juga.

imika

bagi pendapat saya, gejala mengatasi penjualan makanan ringan dan minuman bergas harus dilarang sama sekali utk dijual di kantin-kantin sekolah ni kerana akan memudaratkan pelajar sehingga mendapat penyakit, pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah pencegahan unuk mengelak pelajar mengambil makanan ringan dan minuman bergas, saya menyokong sepenuhnya ttg larangan ini di pihak sekolah, sekian terima kasih.

Zeyzul

pihah sekolah kena berlaku tegas, terhadap kantin sekolah serta penjaja luar sekolah, jenjaja sekolah ni pon satu main jual je makanan yang tah apa2,

Airod

Pantau kantin2 sekolah..kadang diaorg jual snek yg pelbagai, aiskrim lah...mcm2...kerana itu juga kebanyakan pelajar tidak aktif di kelas, kerana mengambil makanan tidak berkhasiat. Utk melahirkan pelajar2 yg cemerlang, ia perlu bermula dari pemakanan yg sihat dan seimbang.

ibu

sokong pendapat amer dan norseha....peranan ibubapa lebih penting...kerana mencegah lebih baik dari mengawal.. semuanya bermula dr disiplin pemakanan yg ditanam oleh ibu bapa.

>

Makin Bertambah Lagi Beban Kerja Guru..

noriah jamailudin

kat sekolah cikgu sendiri jual gula2 gan aiskrim batang sapa nak jawab........

batoulelisou

jangan harapkan tengok kad dan kantin sekolah jer.Ibu bapa pelajar pun perlu kena dibawa berbincang sama bagaimana untuk mengatasi masalah obesiti anak-anak mereka, sebab ada juga ibu bapa suka tengok anak mereka kuat makan.COMEL kata mereka...fikir-fikirkan!!!

amy mazny

saya setuju dgn saranan kerajaan ni. segalanya kena bermula dari peringkat bawah lg. ibarat melentur buluh biar dari rebung!

murni mohamed

Idea bernas , digalakkan institusi sekolah tukar gaya pemakanan sihat dengan " STEVIA ".

yanti

sangat2 setuju...perkara seperti ini pernah dibentangkan semasa mesyuarat PIBG tp x diendahkan oleh pihak sekolah...saya mmg tak setuju penjualan makanan ringan yg tak berkhasiat..

ebizz

Pihak sekolah dengan Pihak berkuasa Tempatan boleh menguatkuasakan kawasan 200 meter radius dari pagar sekolah

Amer

Ibubapa perlu pantau anak2 mereka sepenuhnya. Di sekolah masa makan hanya 20-30 minit saja masa rehat berbanding kat rumah boleh makan berjam2 lamanya. Dirumah mereka blh makan macam2 termasuk ibubapa sekali iaitu makan makanan fast food(KFC, McDonald,Pizza HUt dll). Macamana program nak berjaya.....

Nora Anuar

Sokong 100%..pendapat saya sama jg dgn sri antan dan norseha..

Mike Khoo

Setuju 100%. Malahan perlu memastikan bahawa setiap pelajar menghadiri satu aktiviti sukan (sekurang-kurangnya). Pihak ibu bapa juga perlu melibatkan diri dalam hal ini. Ada ibubapa yang membenarkan anak anak mereka makan terlalu banyak 'junk food'

sri siantan

Sokong 100%. Namun ibubapa juga patut memainkan peranan terutamanya semasa di rumah. Menu makanan tambahan (RMT) juga perlu dikaji. Begitu juga pemberian susu segar perlu dinilai semula. Jimat kos, hidup sihat.

Norseha ahmad

Mslh obesiti yg mnyebabkn pnyakit ni,kna pntau dr bayi lg..kt klink2 pn ajr ibu2 suapkn bbur nsi@nsi yg d cmprkn dgn mnyk@majerin krn berat bdn bayi tidak spt yg d hrapkn misi2..kerajaan jga blh bekalkn multivitamin utk kanak2 sekolh bg mmantau selera mkn yg x seimbng.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden SUPP lepas jawatan

Posted: 17 Apr 2011 11:37 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
KUCHNG: Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (atas) akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) susulan kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10, kelmarin.

"Saya akan letak jawatan dalam parti. Saya mungkin melakukannya Selasa ini pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak hanya memperoleh 4,408 undi berbanding pencabarnya, Ling Sie Kong daripada DAP yang memperoleh 5,998 undi. Berikutan kekalahan itu, katanya, adalah wajar untuk beliau berundur dan menyerahkan kepada CWC untuk memutuskan siapa yang layak menerajui parti.

Dr Chan adalah pemimpin SUPP ketiga mengambil keputusan berundur sebagai Pengerusi SUPP selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya. Pengerusi SUPP kedua, Tan Sri Stephen Yong meletak jawatan selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 1990.

Ini diikuti Pengerusi SUPP ketiga, Tan Sri Dr Wong Soon Kai, yang mengambil tindakan sama selepas kalah di DUN Bukit Assek pada pilihan raya negeri 1996. Pengerusi SUPP pertama, Tan Sri Ong Kee Hui, bersara secara sukarela pada 1982.

Dr Chan adalah Pengerusi SUPP yang keempat dan menyertai politik pada 1982 apabila bertanding di Parlimen Lambir selepas 17 tahun menjadi doktor perubatan.
Setahun selepas itu, beliau bertanding di kerusi DUN di Miri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk enam penggal.

Sementara itu, Dr Chan yang ditanya mengenai masa depan SUPP berkata, beliau tidak pasti apa akan jadi pada parti itu.

"Biarlah keadaan reda dulu sebelum kita membuat keputusan selanjutnya mengenai masa depan parti," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan