Isnin, 18 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kaji semula hadkan nasi lemak

Posted:

Kaji semula hadkan nasi lemak

Kaji semula hadkan nasi lemak


PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Posted:

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Oleh ZULKIFLI MANZOR

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

"Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

"Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu" katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 pencuri kereta mewah tumpas

Posted:

5 pencuri kereta mewah tumpas

5 pencuri kereta mewah tumpas

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KERETA curi yang ditemui semula daripada lima penjenayah yang ditahan di sekitar Petaling Jaya baru-baru ini.


PETALING JAYA – Sekumpulan penyamun kereta mewah yang menjadikan hotel lima bintang sebagai stor tempat menyembunyikan kenderaan curi dan tempat persembunyian tumpas apabila mereka diberkas di sini baru-baru ini.

Kegiatan kumpulan lelaki berumur 24 hingga 42 tahun itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Damansara Jaya di sini pada pukul 2.35 pagi pada 10 April lalu.

Suspek yang berumur 27 tahun itu dipercayai mahu mencuri kunci sebuah kereta mewah yang dimiliki penghuni di dalam rumah yang cuba dipecah masuk itu.

Ekoran penahanan lelaki itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis kemudian berjaya menahan empat lagi suspek di sebuah hotel lima bintang di Seksyen 16 di sini pada pukul 10.30 malam pada 12 April lalu.

"Suspek itu dipercayai telah menginap di hotel itu sejak beberapa hari lalu sebagai lokasi persembunyian mereka sebelum merancang mencuri atau menjual kereta-kereta yang dicuri.

"Kesemua suspek sebelum ini pernah ditahan kerana pelbagai kes jenayah. Ada di antara suspek terlibat dalam tiga hingga empat kes jenayah termasuk memiliki dadah, pecah rumah dan mencuri kenderaan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan