Isnin, 18 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Penjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di Terengganu

Posted:

Penjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di Terengganu

Penjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di Terengganu

18/04/2011 8:04pm

BESUT 18 April — Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Terengganu boleh memohon mendapatkan tanah di negeri itu sekiranya mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata penjawat awam boleh membuat pilihan sama ada untuk memilih tanah pertanian seluas satu hektar ataupun satu lot rumah kediaman di mana-mana kawasan di negeri ini.

Beliau berkata, syarat bagi penjawat awam negeri untuk memperoleh tanah itu ialah mereka mestilah telah berkhidmat melebihi 5 tahun manakala bagi persekutuan pula perlu melebihi 10 tahun berkhidmat secara terus menerus di Terengganu.

"Tawaran ini merupakan satu insentif bagi menghargai khidmat kakitangan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong di sini hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - Khaled

Posted:

Kerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - Khaled

Kerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - Khaled

18/04/2011 7:40pm

PUTRAJAYA 18 April — Tindakan kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda selain gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi di universiti itu, dilihat sebagai tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai kerajaan negeri yang memerintah, mereka seharusnya berbangga dengan universiti itu dan membantu kerajaan pusat dalam menyediakan keperluan-keperluan tertentu untuk universiti berkenaan.

"Selama ini kalau kerajaan negeri itu BN, ia membantu dengan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Tetapi setelah mereka mengambil alih kerajaan negeri, mereka mengenakan cukai tanah kepada institusi pendidikan sehingga RM1.8 juta setahun cukai tanah berbanding sebelum ini RM150,000 setahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Anggota Parlimen yang dikendalikan UUM di sini hari ini.

Lebih membebankan apabila pihak pengurusan UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi, sedangkan mereka seharusnya memahami UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedai

Posted:

Wanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedai

Wanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedai

18/04/2011 7:39pm

KANGAR 18 April — Seorang wanita cedera di bahagian tangan dan kakinya apabila ditikam seorang lelaki di hadapan kedainya di Jalan Sarawak, Kuala Perlis, dekat sini semalam.

Mangsa, Tan Bee Leng, 45, berkata kejadian berlaku pukul 9.20 pagi apabila didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang memakai kemeja-T dan bertopi lalu mengacu pisau ke arahnya ketika beliau sedang mencuci lantai di hadapan kedai.

Katanya, beliau bertindak melawan lelaki itu dan terkena empat tikaman di bahagian tangan dan kaki kiri sebelum lelaki itu melarikan diri ke dalam sebuah kenderaan setelah beliau menjerit meminta tolong.

Bee Leng berkata, ekoran kejadian itu, beliau membuat laporan di balai polis Kuala Perlis pada 10.35 pagi semalam.

Mangsa percaya lelaki yang sama pernah datang membeli barang di kedainya dua hari lalu dan membayar RM50 bagi harga barangan yang keseluruhannya bernilai RM51 dengan alasan tidak cukup wang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Abdul Rahman Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan individu yang terbabit.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan