Jumaat, 1 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Drama ‘jiran’ buang ayah

Posted: 31 May 2012 12:06 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

"Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.


"Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.


"Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya," katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Bunuh isteri baru kahwin

Posted: 31 May 2012 12:02 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.

Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh 'berbulan madu' selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan