Utusan Online - Selatan |
- Program memberus gigi terbesar
- DUN Ayer Keroh anjur khatan beramai-ramai
- Peluang rasa keropok kulit lembu, kerbau
Program memberus gigi terbesar Posted: Program memberus gigi terbesarOleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR Sebahagian daripada 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat gembira selepas berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran program memberus gigi terbesar di Tiara Beach Resort, Port Dickson, baru-baru ini. TELOK KEMANG 1 Dis. – Tiara Beach Resort, Port Dickson di sini berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran program memberus gigi terbesar di negara ini baru-baru ini. Karnival yang mendapat pengiktirafan MBOR itu menyaksikan lebih 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berkumpul bagi menjayakan program yang diadakan di pekarangan hotel berkenaan. Pengarah Eksekutif Tiara Beach Resort, Kelvin Cheong berkata, selain mencipta rekod, program tersebut juga bertujuan bagi memupuk serta mendidik masyarakat berhubung kepentingan aspek penjagaan gigi dan mulut. ''Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta untuk menjayakan usaha mencipta rekod penyertaan memberus gigi teramai di dalam satu masa ini. ''Program ini juga merupakan landsan terbaik bagi peserta untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta masyarakat antara satu sama lain," katanya di sini baru-baru ini. |
DUN Ayer Keroh anjur khatan beramai-ramai Posted: DUN Ayer Keroh anjur khatan beramai-ramaiSeramai 35 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dari sekitar kawasan DUN Ayer Keroh terpilih menyertai acara khatan beramai-ramai anjuran Penyelaras Wanita UMNO DUN Ayer Keroh di Kompleks Japerun Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. MELAKA 1 Dis. - Seramai 35 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun menyertai program khatan beramai-ramai anjuran Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, baru-baru ini. Program yang berlangsung di Kompleks Japerun Ayer Keroh dirasmikan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu. Pengerusi Penyelaras Wanita UMNO DUN Ayer Keroh, Siti Rofeah Yaakub berkata, selain memanfaatkan cuti sekolah, program tersebut turut menjimatkan belanja ibu bapa. ''Ia juga merapatkan silaturahim di kalangan penduduk setempat,'' katanya. Beliau menambah program itu perlu dijadikan acara tahunan kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat. ''Acara khatan beramai-ramai sekarang ini boleh dianggap budaya tradisi kerana selain menjimat masa dan tenaga, ia juga merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat," katanya. Siti Rofeah berkata, acara yang dijalankan itu merupakan sebahagian daripada program turun padang yang digerakkan Penyelaras Wanita UMNO DUN Ayer Keroh. Katanya, program tersebut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan negeri yang menghantar empat kakitangan bagi mengendalikan acara berkhatan tersebut. Turut terlibat, Pasukan Bomba Sukarelawan Ayer Keroh yang membawa sebuah jentera bomba bagi aktiviti menyiram kanak-kanak sebelum khatan bermula. |
Peluang rasa keropok kulit lembu, kerbau Posted: Peluang rasa keropok kulit lembu, kerbauMELAKA 1 Dis. - Orang ramai berpeluang menikmati makanan daripada kulit kerbau dan lembu yang dijadikan keropok pada Karnival Industri Asas Ternakan 2011 yang akan diadakan di perkarangan letak kereta Mydin Ayer Keroh bermula esok hingga Ahad ini. Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Noraini Ab. Rahman berkata, selain keunikan kulit kerbau dan lembu untuk dijadikan makanan, orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan berasaskan ternakan lain seperti arnab, kambing, itik dan burung walet. Menurutnya, sebanyak 17 buah gerai yang mempromosikan pelbagai masakan berasaskan binatang ternakan akan menyertai karnival berlangsung selama tiga hari itu. ''Tujuan karnival ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan makanan berasaskan binatang ternakan yang diusahakan usahawan tempatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, karnival anjuran Perkhidmatan Veterinar negeri itu akan turut membuat demonstrasi membuat telur masin, aiskrim, keropok kulit lembu, promosi makan daging arnab dan kambing panggang. Selain itu katanya, demonstrasi masakan daging arnab, itik, kambing dan kerbau akan turut diadakan pada karnival itu nanti. ''Di samping itu, orang ramai berpeluang menyertai pertandingan memasak daging itik dan arnab," ujarnya. Katanya, turut dipamerkan ialah pelbagai bentuk kasut lelaki dan wanita yang dibuat daripada kulit lembu dan kambing. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan