Jumaat, 2 Disember 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Hati-hati ahli UMNO yang pernah belot

Posted: 02 Dec 2011 01:12 AM PST

Wilayah

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhati-hati terhadap ahlinya yang pernah belot dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kerana mereka kini masih bersama dan mengambil bahagian dalam persediaan menghadapi PRU-13 yang akan menjelang tiba.

Peringatan tegas itu diberi Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir, bahawa ahli pembelot itu kini sedang bersiap sedia bagi membantu parti sekali lagi dalam PRU akan datang.

"Pada PRU 2008 ada rakan-rakan yang belot tapi adakah mereka diambil tindakan. Mengapa kesalahan dalam parti diambil tindakan tapi tidak untuk mereka yang melakukannya dalam pilihan raya. "Mereka adalah musuh dalam selimut dan kini mereka bersama kita sekali lagi. Tubuhkan Jawatankuasa Disiplin pilihan raya dengan segera.

"Kita pasti mereka pembelot kerana sudah merakamnya dalam bentuk video dan sudah hantar ke ibu pejabat tapi tiada tindakan diambil," katanya ketika membahas usul ucapan dasar Presiden.

Full content generated by Get Full RSS.

myONLINE Pasport diperkenal

Posted: 01 Dec 2011 01:17 PM PST

Wilayah

 Alias   (kiri) memberi penerangan mengenai peralatan yang digunakan oleh Jabatan Imigresen untuk membanteras pendatang tanpa izin kepada  Lee  di Putrajaya, semalam.

Alias (kiri) memberi penerangan mengenai peralatan yang digunakan oleh Jabatan Imigresen untuk membanteras pendatang tanpa izin kepada Lee di Putrajaya, semalam.

Jabatan Imigresen permudah urusan orang ramai secara atas talian perjalanan ke luar negara

PUTRAJAYA: Orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport mereka berikutan pelancaran perkhidmatan terbarunya, 'myONLINE Pasport', sekali gus memudahkan dan mempercepatkan proses memperbaharui pasport.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata melalui perkhidmatan itu, permohonan bagi memperbaharui pasport kini boleh dilakukan secara atas talian dan pemohon akan dimaklumkan apabila siap diproses untuk mengambilnya.

Ini adalah inovasi untuk menambah baik perkhidmatan kepada orang ramai, selain memantapkan perkhidmatan. - Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri

"Ini adalah satu inovasi oleh Jabatan Imigresen untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada orang ramai, selain memantapkan dan mengemas kini perkhidmatan di kaunter," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Imigresen ke-13 dan pelancaran lencana integriti jabatan itu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad.

Menerusi kemudahan myONLINE Pasport, orang ramai boleh mendapatkan pasport baru dalam tempoh dua jam, bergantung kepada pejabat kutipan, masa dan tarikh kutipan yang dipilih ketika mengemukakan permohonan.

Pemohon hanya perlu mengisi borang secara 'online' dengan betul dan tepat serta menyertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran lima sentimeter (sm) x 3.5 sm yang diambil dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sebelum permohonan dibuat.
Bayaran memperbaharui pasport juga boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, tetapi buat masa sekarang bayaran hanya diterima menggunakan kad kredit.

Pasport yang tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM300 dan RM100 untuk pasport dengan tempoh sah laku setahun, manakala pasport bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM150.

Ketika mengambil pasport baru, pemohon hanya perlu membawa pasport lama, bukti pembayaran dan MyKad ke Pejabat Imigresen. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa bersama MyKad penjaga dan sijil kelahiran.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan