Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

Posted:

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Posted:

Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO


NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin dan Tengku Adnan Tengku Mansor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Tingkat 39, Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu turut dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli-ahli MT.

Difahamkan mesyuarat itu antara lain membincangkan perjalanan persidangan ketiga-tiga sayap parti yang selesai bersidang hari ini termasuk cadangan dan usul yang dibahaskan oleh para perwakilan.

Ia juga membincangkan mengenai persediaan mengadakan perhimpunan agung parti keramat orang Melayu itu khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Perhimpunan Agung UMNO akan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta upacara menaikkan bendera UMNO di pekarangan PWTC.

Ia diikuti dengan ucapan dasar Presiden yang dijadualkan bermula kira-kira 9.30 pagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tangani tekanan kewangan

Posted:

Tangani tekanan kewangan

Tangani tekanan kewangan

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) penting bagi membolehkan masalah tekanan kewangan yang dihadapi golongan berpendapatan sederhana di bandar dan pinggir bandar ditangani dengan segera, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia juga diperkenalkan untuk mengawal selia perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan pembinaan perumahan, infrastruktur dan kemudahan di bawah program PR1MA.

Menurutnya, selain itu, kewujudan rang undang-undang ini juga membolehkan satu badan berkanun yang diasingkan iaitu PR1MA Corporation Malaysia ditubuhkan.

''Penubuhan perbadanan itu sebagai satu institusi yang mempunyai fokus khusus bagi menangani isu tekanan kewangan bagi golongan tersebut.

''Melalui inisiatif itu, satu model pembangunan perumahan yang strategik di peringkat nasional dapat diwujudkan bercirikan integrasi antara pembangunan kompleks kediaman berkualiti mampu milik serta kemudahan bagi masyarakat setempat.

''Ciri-ciri integrasi ini bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mapan serta meringankan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Kata Najib, trend urbanisasi di negara ini semakin meningkat iaitu jumlah golongan yang menghadapi tekanan kewangan bertambah dan memerlukan campur tangan segera kerajaan untuk menangani masalah yang dihadapi mereka.

Justeru, jelasnya, golongan yang susah di bandar dan miskin di luar bandar merupakan satu fenomena yang perlu diambil serius oleh kerajaan.

Malah, bahang kemiskinan lebih dirasakan di kawasan bandar berbanding luar bandar ekoran kos sara hidup yang tinggi.

"Sehubungan itu, sudah tiba masanya kerajaan mengimbangi salah satu keperluan asas masyarakat iaitu memiliki sebuah rumah, bukan sahaja bagi golongan berpendapatan sederhana yang rata-rata tidak mampu memiliki rumah di pasaran bebas di bandar, malah tidak layak memohon rumah-rumah kos rendah dan mesra rakyat yang ditawarkan.

''Ini juga salah satu usaha kerajaan mengimbangi kekurangan bekalan perumahan kos sederhana bagi memastikan program dan skim kewangan Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan tercapai," katanya.

Ujar beliau, negara memerlukan dimensi baru kepada hal ehwal berhubung kediaman untuk golongan berpendapatan sederhana di bandar.

''Seperti mana pendekatan bersepadu kerajaan menangani masalah kemiskinan di luar bandar, pendekatan kerajaan berhubung masalah tekanan hidup di bandar juga perlu mengambil kira faktor-faktor pembangunan fizikal dan sosioekonomi," katanya.

Berbalik kepada Rang Undang-Undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011, menurutnya, ia terdiri daripada 81 fasal yang dibahagikan kepada 10 bahagian, antaranya memperkatakan tentang penubuhan Majlis Penasihat PR1MA dan memperincikan tentang kelayakan membeli serta menyewa kediaman PR1MA.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan