Khamis, 1 Disember 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Tanam janin tepi sungai

Posted: 30 Nov 2011 01:55 PM PST

Wilayah

SEORANG penduduk Lorong Tenggiri menunjukkan tempat janin ditanam di kawasan tebing sungai, Lorong Tenggiri 10, Seberang Jaya.

SEORANG penduduk Lorong Tenggiri menunjukkan tempat janin ditanam di kawasan tebing sungai, Lorong Tenggiri 10, Seberang Jaya.

Rahsia gali, timbus lubang tepi sungai dilihat penduduk

BUKIT MERTAJAM: Rasa curiga seorang wanita terhadap tindakan sepasang kekasih yang mengorek serta menimbus semula lubang yang mereka gali berhampiran sungai di Lorong Tenggiri 10, dekat sini, petang kelmarin membawa kepada penemuan janin.

Wanita yang enggan dikenali itu, berkata dia berasa curiga apabila melihat pasangan terbabit memberhentikan motosikal mereka di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan menuju ke arah sungai berhampiran. "Saya nampak lelaki itu mengorek lubang menggunakan penyodok, manakala wanita yang berbaju kurung itu pula kelihatan gelisah sambil memerhati keadaan sekeliling.

"Saya hanya memerhati gerak geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pasangan berkenaan beredar dalam keadaan tergesa-gesa selepas mengambil masa kira-kira 20 minit mengorek serta menimbus semula lubang itu.

"Hati saya tertanya-tanya apa yang mereka tanam di kawasan berkenaan dan dengan ditemani suami, kami mengorek lubang itu. Suami saya mengorek dengan berhati-hati dan kami terkejut apabila menemui janin yang sudah cukup sifat di dalam lubang itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati janin itu berusia lima bulan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penjawat awam masih dibelenggu 'naga ciptaan sendiri'

Posted: 30 Nov 2011 01:47 PM PST

Wilayah

PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini yang masih dibelenggu 'naga ciptaan sendiri' seperti budaya mementingkan diri sendiri, keterpisahan dan ketaksuban menjaga sempadan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, metafora naga itu sinonim dengan sikap penjawat awam yang enggan membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak, berkongsi sumber ilmu dan kepakaran masing-masing.

Justeru, beliau mahukan penjawat awam memahami trend dan perkembangan pengurusan sumber manusia yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kepemimpinan masa akan datang. "Janganlah pula untuk berjaya menewaskan naga dalam diri, kita membina naga di jabatan masing-masing.

"Cabaran yang mendepani kepemimpinan sektor awam pada masa kini ialah untuk memimpin warga sektor awam yang bersifat 'inter-generational' bagi membentuk satu sinergi yang mantap ke arah merealisasikan agenda perubahan," katanya berucap pada majlis penyampaian Anugerah Felo dan Diploma kepada 648 graduan Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2011 di sini, semalam.

Katanya, kejayaan graduan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Diploma Pengurusan Sains (DPS) ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen mereka dalam menghadapi dan menewaskan 'naga' dalam diri, seterusnya menjadi generasi pelapis untuk meneruskan misi negara memartabatkan perkhidmatan awam.

Pada majlis itu, KSN turut menyampaikan Anugerah Felo INTAN 2011 kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, 61, atas jasa dan sumbangannya dalam membantu pembangunan dan transformasi sektor awam sepanjang 37 tempoh perkhidmatannya.
Turut hadir, Felo INTAN Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pengarah INTAN, Dr Aminuddin Hashim.

Mohd Sidek berkata, penjawat awam juga perlu menghilangkan rasa keraguan dan kurang berkeyakinan dalam diri masing-masing untuk mencapai kejayaan.

Sementara itu, Zulkurnain dalam ucapannya, berkata penjawat awam di Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setiap tahun bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana mahu pun ijazah doktor falsafah (PhD).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan