Kosmo Online |
- Warga emas kaki penipu ditahan polis
- Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar
- Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan
Warga emas kaki penipu ditahan polis Posted: Warga emas kaki penipu ditahan polis21/12/2011 6:19pm RAUB - Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai menipu orang ramai dengan tawaran pelbagai jenis projek dan perusahaan yang mengakibatkan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit. Ketua Polis Daerah Raub Supt. Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, tindakan licik lelaki berusia 62 tahun itu akhirnya tumpas selepas dia tertangkap dalam satu urus niaga di ibu negara. Katanya, beberapa mangsa membuat pakatan untuk menawarkan urus niaga bernilai RM120,000 sebelum suspek bersetuju untuk bertemu mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau berkata, sebelum ini mangsa sukar menghubungi suspek selepas wang mereka dilesapkan namun kerjasama mangsa dan polis berjaya memberkasnya dengan menjadikan urusniaga berkenaan sebagai umpan. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar Posted: Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar21/12/2011 5:18pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya. Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata, hakim menolak permohonan Khairy atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan. Beliau berkata, hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar. Katanya, dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan Posted: Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan21/12/2011 5:03pm KUALA LUMPUR - Seorang kerani bank maut selepas ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, Rozana Mohd. Yusak, 35, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi. Sebelum itu, Rozana dilihat oleh seorang pekerja restoran di kawasan berhampiran seakan-akan meminta pertolongan di tingkap rumahnya, katanya. "Pekerja restoran tersebut terus menghubungi polis sebelum pasukan polis tiba ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditikam selain terdapat banyak kecederaan lain di hadapan badannya," katanya. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan