Harian Metro: Setempat |
‘Mujur tak hempap budak’ Posted: 21 Dec 2011 12:08 PM PST SUBANG: "Nasib baik ketika pokok tumbang tiada kanak-kanak yang bermain di taman permainan ini. Jika tidak pasti ada yang parah dan mungkin maut," kata penghuni Pangsapuri Merak, Muhammad Najwan Adzmi, 25. Katanya, kejadian ribut yang kuat jam 9 malam pada Sabtu lalu itu menyebabkan sebatang pokok di taman berkenaan tumbang dan menghempap alat permainan pada hari berkenaan.
"Ini kali pertama berlaku dan saya difahamkan pokok ini tumbang berikutan akarnya yang tidak kuat mencengkam disebabkan lapisan bawah tanah adalah konkrit," katanya ketika ditemui.
"Lagipun pokok ini menghadap parkir kenderaan penghuni dan berkemungkinan tumbang bila-bila menghempap kereta," katanya.
"Setiap bulan kawasan taman permainan ini diselenggara pihak pengurusan dengan memotong dahan yang tua selain membersihkan kawasan permainan berkenaan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 21 Dec 2011 12:06 PM PST AMPANG: Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dimasuki dua penyamun dalam kejadian di Pandan Indah, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chong, 44, tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.
"Mereka yang tidak menyangka kehadiran saya mengacukan parang ke badan dan mengugut akan mencederakan saya sekiranya cuba melawan.
Menurutnya, selepas lima minit menggeledah rumahnya, mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk tiga kad kredit, telefon, komputer riba, kereta BMW dan wang tunai RM3,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan