Khamis, 22 Disember 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


SPAD perkenal lesen pengendali mulai Januari

Posted: 22 Dec 2011 03:11 AM PST

Mutakhir

MELAKA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperkenalkan Lesen Pengendali kepada semua pengusaha pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan mulai Januari depan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata lesen pengendali itu menggantikan perlesenan kenderaan sebelum ini yang berdasarkan setiap kenderaan perlu dilesenkan.

"Dulu banyak lesen (lesen untuk setiap kenderaan), sekarang (mulai Januari) satu lesen banyak kenderaan walaupun dia ada 100 kereta, 100 bas dan 100 lori hanya satu lesen sahaja yang akan kita keluarkan iaitu Lesen Pengendali," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan operator kenderaan perdagangan di sini, hari ini. Syed Hamid berkata, melalui kaedah baru itu, pengusaha akan menikmati banyak faedah antaranya boleh menggunakan mana-mana kenderaan bagi semua laluan yang ditetapkan dan mendapat kemudahan insurans.

Beliau berkata, dari segi penguatkuasaan undang-undang juga akan lebih cekap dan berkesan kerana tindakan akan diambil terhadap pemegang lesen pengendali dan bukannya ke atas kenderaan.

Mengenai dana RM400 juta yang disediakan kerajaan bagi menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti yang terjejas berikutan masalah kewangan, Syed Hamid berkata pengusaha terbabit boleh membuat permohonan mendapatkan dana tersebut mulai bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengiklankan dalam akhbar tempatan pada Ahad dan Isnin ini mengenai maklumat berkaitan permohonan dana seperti syarat kelayakan.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelamatkan perkhidmatan bas yang terjejas berikutan masalah kewangan demi menjaga kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Mustafa Ali tolak andaian Hasan Ali

Posted: 22 Dec 2011 02:40 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa parti itu sudah goyah dan tidak mendapat sokongan akar umbi lantaran dasar parti yang kerap diubah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan golongan atas pagar mulai berasa sangsi terhadap objektif perjuangan parti itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Mustafa berkata dasar mengutamakan Islam yang didokong oleh PAS tidak pernah berubah dan ahli parti faham mengenai perkara itu. "Islam adalah dasar PAS dan tak pernah berubah, tapi pendekatan berubah, strategi berubah. PAS bekerjasama dengan parti yang lain tak salah, dasar tetap sama tapi pendekatan saja lain," katanya.

Kelmarin, Hasan berkata beliau mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti itu kerana landasan utama perjuangan parti sudah dikesampingkan.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am Pas, menafikan dakwaan Hasan bahawa konsep negara berkebajikan yang kini diperjuangkan oleh parti itu menyebabkan PAS tersasar daripada perjuangannya.

Nik Aziz berkata, idea negara berkebajikan itu sama sekali tidak menggelincirkan PAS daripada landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan parti itu yang bercita-cita mendaulatkan Islam dalam sistem pemerintahan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan