Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Dec 2011 02:29 PM PST KUALA LUMPUR: Lapan bas kilang dan sekolah yang diletakkan secara haram di kawasan taman perumahan Taman Lucky, Jalan Puchong, di Jalan Klang Lama, dikenakan tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi khas, malam kelmarin. Ketua Bahagian Penguatkuasaan Spad, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, sikap pengusaha dan pemandu bas yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan di kawasan perumahan menyebabkan pihaknya menunda sebuah bas terbabit manakala selebihnya diarah dialihkan.
"Kami mengadakan operasi ini selepas menerima aduan penduduk yang tidak berpuas hati sikap pengusaha bas meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.
|
Rugi RM230,000 ‘selesai saman’ Posted: 20 Dec 2011 02:28 PM PST SERDANG: Satu sindiket menyamar pegawai mahkamah, polis dan Bank Negara dikesan menggunakan taktik menawarkan pertolongan bagi menyelesaikan kes saman sivil Mahkamah Tinggi individu tertentu walaupun kes itu tidak wujud. Mangsa terbaru sindiket itu seorang kontraktor pemasangan penyaman udara yang bimbang dengan ugutan sindiket mengalami kerugian kira-kira RM230,000 di Taman Seri Serdang, di sini.
Menurutnya, dia terkejut dengan dakwaan lelaki itu dan mahu bertanya lanjut sebelum panggilan itu kononnya disambungkan ke Bukit Aman dan bercakap dengan seorang lelaki yang mendakwa polis berpangkat pegawai.
Katanya, dia yang bimbang dengan saman itu memasukkan RM75,000 ke dalam akaun yang diberi wanita terbabit di sebuah bank di Taman Sri Serdang, jam 11 pagi kelmarin.
"Saya memasukkan wang itu ke dalam akaun lain yang diberi jam 1.30 tengah hari sebelum seorang lelaki yang menyamar pegawai polis Bukit Aman menghubungi saya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan