Utusan Online - Utara |
- Kerjasama Perak dan Ningxia
- MB Kedah hina Kerajaan Pusat
- Pak Ya hidup 'sebatang kara' sepanjang usia
Posted: Kerjasama Perak dan NingxiaOleh KHAIRUL ABIDIN NUAR IPOH 4 April - Kerajaan negeri hari ini menjalinkan kerjasama dua hala secara rasmi bersama wilayah autonomi Ningxia di negara China untuk meningkatkan pelaburan melibatkan industri halal dan penternakan. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, antara kerjasama yang bakal diteroka termasuklah aspek pensijilan halal negara ini yang akan turut dibawa ke Ningxia. "Fokus kerjasama bukan hanya sekadar memasarkan barangan halal ke Perak tetapi juga melibatkan Asia Tenggara serta China ekoran negara itu mempunyai bilangan umat Islam yang signifikan. "Barangan tempatan seperti kopi putih misalnya mendapat permintaan yang sangat tinggi di negara China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani penubuhan wilayah berkembar antara Perak dan Ningxia di Pejabat Menteri Besar di sini. Pada majlis perjanjian tersebut, kerajaan negeri diwakili Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman. Wilayah itu diwakili Naib Pengerusi Majlis Perundingan Politik Rakyat Ningxia (NPPCC), Li Shufen. Dalam pada itu, Zambry berkata, perjanjian persefahaman tersebut juga antara lain bakal merancakkan lagi sektor pelancongan negeri melalui pertukaran pelancong melibatkan kedua-dua pihak. | ||
Posted: MB Kedah hina Kerajaan PusatOleh SAFINA RAMLI ALOR SETAR 4 April - Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang. Azizan melemparkan ungkapan itu sewaktu menjawab soalan tambahan Mohd. Tajudin Abdullah (BN-Belantik) mengenai seorang penuntut yang tidak mendapat wang saku RM500 untuk pulang ke Mesir seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk penghantaran pulang penuntut-penuntut dari Mesir semasa Ops Piramid tempoh hari. "Kerajaan Pusat pandai bawa balik tetapi tak reti (tak tahu) hantar mereka balik, jadi umpama beruk naik pokok nyiur, bila panjat dapat upah, bila turun tak dapat apa," kata Azizan. Sebaik sahaja istilah tersebut digunakan oleh Azizan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesal dengan perumpamaan yang digunakan oleh Azizan itu. Azizan kemudian berseloroh dengan mengatakan penuntut tersebut 'tertidur' ketika penuntut lain dari Kedah menaiki penerbangan kembali ke Mesir dan apabila disiasat, penuntut tersebut tidak mahu kembali ke negara itu kerana terkejut dengan keadaan di sana. "Kalau dia (penuntut) ini masih mahu duit RM500, sila datang jumpa Yayasan Islam Kedah dan kita boleh bagi duit itu," katanya. Ketika ditemui selepas persidangan itu Azizan berkata, perumpamaan itu digunakan kerana Kerajaan Pusat hanya membawa pulang penuntut dari Mesir sewaktu Ops Piramid dan membiarkan kerajaan negeri menguruskan penghantaran mereka kembali ke negara itu. "Itu hanya perumpamaan sahaja, saya kata begitu kerana Kerajaan Pusat lepas tangan. Masa Kerajaan Pusat bawa balik penuntut Kedah, tiada siapa yang datang jumpa saya tetapi bila kembali kita kena hantar sendiri," jelasnya. Ahmad Bashah berkata, pihaknya kecewa dengan bahasa kasar yang digunakan oleh Azizan di dalam Dewan. "Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' adalah satu penghinaan kepada Kerajaan Pusat yang telah berusaha membawa pulang penuntut-penuntut yang menghadapi situasi tidak aman di Mesir. "Kerajaan Pusat juga menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mampu. Kerajaan Pusat sedia bantu namun tawaran tersebut tidak diterima," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pak Ya hidup 'sebatang kara' sepanjang usia Posted: Pak Ya hidup 'sebatang kara' sepanjang usia
SUNGAI PETANI 4 April - Renungan matanya yang sayu membayangkan betapa derita dan sunyi hatinya kerana terpaksa menjalani kehidupan tanpa ditemani ahli keluarga. Namun, di sebalik wajah tuanya itu, tersembunyi kecekalan hati untuk mengharungi sisa-sisa usia yang masih berbaki. Bagi Yahya Said, 75, dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda di sini, hidup perlu diteruskan walaupun keadaan dirinya sering kali memaksa dia menagih simpati daripada jiran tetangga. "Saya terpaksa tabahkan hati hidup begini kerana tiada sanak-saudara tempat bergantung. Sekarang menumpang di tanah orang," katanya ketika ditemui pemberita semasa dikunjungi oleh Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof di sini baru-baru ini. Menurut Yahya, dia kini hidup 'sebatang kara' kerana tidak pernah berkahwin sepanjang usianya. Lebih malang, kesihatan Yahya juga tidak menentu lebih-lebih lagi dia menghidap penyakit lelah. Tetapi, itu bukan alasan untuk dia berpeluk tubuh. Warga emas itu menyara diri dengan mengambil upah mengutip kelapa penduduk berdekatan. "Upah kutip kelapa tidaklah banyak, tapi cukup untuk makan minum. Hendak kerja berat pun tak boleh, umur dah tua, badan tak berapa larat," ujarnya. Yahya mendakwa, dia pernah didatangi oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk temuramah bagi memohon bantuan. Namun, katanya, sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima. Sementara itu, Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, pihaknya akan membantu Yahya mendapatkan bantuan bulanan JKM secepat mungkin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan