Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


MBKT sita empat rumah

Posted:

MBKT sita empat rumah

MBKT sita empat rumah

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 4 April - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyita empat unit kediaman yang dijadikan premis sarang burung walet di Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat sini semalam.

Operasi selama tiga jam bermula pukul 11 pagi melibatkan 50 anggota itu dijalankan hasil aduan orang ramai tentang kegiatan haram berkenaan yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kawalan Bangungan MBKT, Zakaria Abdullah berkata, ia merupakan sebahagian daripada 14 unit kediaman yang dikenal pasti digunakan untuk tujuan itu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Katanya, mereka telah diberi notis peringatan agar merobohkan kembali ubah suai haram yang telah dilakukan sebelum MBKT mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari.

"Untuk permulaan, empat unit telah disita manakala 10 buah lagi akan disita dalam masa terdeka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, kata beliau, mereka terlibat telah diminta mengubah suai kembali rumah tersebut sebagai tempat kediaman untuk mengelak dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Maimunah, 45, mengaku bahawa sejak kegiatan tersebut dijalankan beberapa tahun dahulu, penduduk tinggal dalam keadaan tidak selesa.

Katanya, ia ekoran bunyi bising setiap hari yang dikeluarkan oleh sistem pembesar suara bagi menarik burung tersebut bersarang menyebabkan pencemaran kawasan sekitar.

Tambahnya, selain itu, najis haiwan berkenaan turut memenuhi bumbung dan ruangan pejalan kaki di perumahan itu setiap hari.

"Keadaan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun biar pun telah beberapa kali aduan dibuat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keistimewaan Murtabak Raja Muslim Best

Posted:

Keistimewaan Murtabak Raja Muslim Best

Keistimewaan Murtabak Raja Muslim Best


Nurul Azna Ain Mohamed menunjukkan produk Murtabak Raja pelbagai perisa yang dijualnya di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 4 April - Biarpun menghadapi persaingan yang hebat di negeri ini, Nurul Kasih Maju Enterprise (Nurul Kasih Maju) berjaya mengedarkan lebih 1,000 pek Murtabak Raja keluaran Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd. sebulan.

Pengurus Nurul Kasih Maju, Nurul Azna Ain Mohamed berkata, sambutan tersebut di luar jangkaan kerana Murtabak Raja yang suatu masa dahulu hanya dihidangkan di istana, turut dikeluarkan oleh pelbagai pihak lain.

Bagaimanapun katanya, Murtabak Raja keluaran Muslim Best mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan pelbagai pilihan iaitu perasa daging tempatan berperisa lada hitam, sardin bersos salsa nanas dan kari ayam rempah ratus tradisional.

"Sebelum ini Murtabak Raja hanya mempunyai satu perisa, bagaimanapun dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), ia telah dikembangkan dan menyerlahkan keenakan sebenar rasanya.

"Ia didatangkan dengan saiz lebih besar, tebal dan padat, berintikan 100 peratus daging lembu dan ayam tempatan serta sardin berkualiti bersalut telur gred tinggi dan bawang segar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nurul Azna berkata, selain Murtabak Raja, pihaknya turut mengedarkan beberapa produk lain antaranya karipap, popia cendawan berkeju dan samosa coklat pisang yang juga keluaran syarikat Muslim Best.

"Kita sememangnya berhasrat memperluaskan lagi pengedaran makanan sejuk beku ini dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 012-9088700 atau datang ke kedai saya di No. 73N, Jalan Pasir Puteh, Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

"Ia sejajar dengan hasrat Muslim Best untuk mewujudkan 1Stokis 1Taman 1Usahawan dan 1Malaysia. Tumpuan kita ialah untuk membantu ibu tunggal, suri rumah, siswazah menganggur dan orang perseorangan," katanya.

Tambahnya, ejen jualan produk tersebut akan mendapat margin keuntungan sehingga 25 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM tahan 8 nelayan asing

Posted:

APMM tahan 8 nelayan asing

APMM tahan 8 nelayan asing

KEMAMAN 4 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot asing bersama lapan nelayan yang menangkap ikan secara haram berhampiran pelantar Malong, Kuantan dekat sini kelmarin.

Kehadiran bot yang mencurigakan itu dikesan kira-kira pukul 10.35 pagi oleh Kapal Maritim Lang kira-kira 74 batu nautika dari perairan Kuantan.

Kesemua nelayan itu sedang menangkap ikan berdasarkan penemuan 50 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam sebuah tong.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, lapan nelayan Thailand itu berusia 22 hingga 45 tahun.

Menurut Abdul Aziz lagi, APMM turut merampas 1,600 liter minyak diesel selain merampas satu unit enjin, generator, kompas dan pelbagai peralatan menangkap ikan.

Bot berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel Maritim Malaysia di Jeti Geliga Slipway, di sini untuk siasatan lanjut.

"Mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memberi alasan bot terkandas, namun pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya sedang menaikkan pukat," ujarnya lagi.

Beliau menambah, mereka kini ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 sebelum dirujuk kepada pihak Imigresen atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan