Selasa, 19 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


200 sertai seminar keusahawanan

Posted:

200 sertai seminar keusahawanan

200 sertai seminar keusahawanan

oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Kolej Polytech Mara dan Kolej Antarabangsa IKIP mempelajari teknik-teknik menjadi usahawan di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 April - Seramai 200 penuntut tahun akhir institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang menyertai seminar keusahawanan di Kolej Antarabangsa IKIP di sini baru-baru ini.

Ahli Panel seminar keusahawanan tersebut, Dr. Mohammed Khairul Anuar Mohd. Basri berkata, program tersebut sebagai persediaan kepada penuntut terbabit sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

"Kebanyakan mereka merupakan penuntut tahun akhir diploma dan ijazah keusahawanan dari Kolej Politech Mara dan Kolej Antarabangsa IKIP.

"Tujuan seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka berkaitan perniagaan yang bakal dijalankan serta pengetahuan mengenai dunia perniagaan," katanya ketika ditemui selepas seminar itu.

Mohammed Khairul Anuar memberitahu, seminar itu juga memberi pendedahan kepada pelajar terbabit mengenai selok-belok untuk memulakan perniagaan.

Beliau juga menggalakkan peserta menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara francais kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

Pada seminar itu juga tambahnya, para peserta berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan beberapa usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM

Posted:

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM


Shahaniza Shamsuddin (kanan) melawat pameran di ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara di Maran, Pahang, baru-baru ini.


MARAN 19 April - Lebih 3,000 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi mengunjungi ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini baru-baru ini.

Ekspo itu berlangsung di UiTM Cawangan Jengka dan Kuantan.

Rektor UiTM Pahang, Datuk Hilmi Ab. Rahman berkata, ekspo tahunan itu bertujuan mempromosikan kemasukan bakal mahasiswa ke UiTM pada sesi pengajian akan datang.

Katanya, program tersebut merupakan usaha universiti tersebut bagi membantu pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati selaras dengan sasaran untuk mencapai seramai 250,000 pelajar menjelang 2015.

''Ekspo ini adalah kali ke lima dianjurkan secara besar-besaran serentak di semua UiTM seluruh negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Perasmian program itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Hadir sama ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Menurut Hilmi, program itu dapat membantu calon membuat pilihan tepat terhadap jurusan yang ingin dipilih dengan bantuan kakitangan akademik dan pengurusan terlatih.

Menerusi ekspo itu, tambah beliau, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan, khidmat nasihat kaunseling dan kerjaya, pameran fakulti dan persatuan pelajar.

''Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada calon kurang berkelayakan tetapi masih ingin belajar menerusi program istimewa UiTM iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB),'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas

Posted:

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas


Mohd. Tarmimi Mohd. Zulkifli (tengah) bersama dua rakannya selepas majlis pragraduasi di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 April - Anak kepada seorang buruh kasar berjaya menerima Anugerah Khas Datuk Dr. Haji Azman Zaini pada majlis pragraduasi di Kolej Shahputra di sini baru-baru ini.

Pelajar Diploma Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, Mohd. Tarmimi Mohd. Zulkifli, 22, mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.54 dalam peperiksaan selain aktif dalam aktiviti kampus.

Pada majlis tersebut, seramai 400 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing.

Mohd. Tarmimi ketika ditemui berkata, selain menumpukan perhatian dalam akademik, beliau pernah menjadi pengarah projek bagi Festival Seni 1Malaysia: Penyu Takkan Menangis Lagi dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Makan Malam Amal Malam Satu Harapan di kampus itu.

Menurutnya, beliau turut menyertai pertandingan syair peringkat negeri dua tahun lalu dan merupakan pengacara pada setiap program di kampus.

"Kejayaan saya ini ditujukan khas kepada bapa saya seorang buruh kasar dan ibu yang bekerja sebagai pembantu masak di kantin sekolah di Raub.

"Walaupun pekerjaan mereka tidak seperti ibu bapa rakan saya yang lain, namun, itu bukan penghalang untuk saya mengecap kejayaan," katanya.

Mohd. Tarmimi memberitahu, teknik belajar secara berkumpulan juga merupakan satu cara terbaik untuk mencapai kejayaan.

"Saya lazimnya belajar dengan rakan baik saya iaitu Alizashah Mohd. Shah kerana apabila belajar secara berkumpulan, kita akan mendapat banyak maklumat tambahan," katanya yang bercita-cita menjadi pegawai perhubungan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan