Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


NGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja

Posted:

NGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja

NGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja


Wan Azizah Wan Ismail bersama Nurul Izzah dan Karpal Singh pada sidang akhbar berkaitan video seks di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 5 April – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menyegerakan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang agar ia tidak menjadi polemik politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz berkata, kes itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menimbulkan tanggapan negatif golongan muda terhadap politik tanah air.

"Ia boleh menyebabkan generasi muda tidak berminat kepada politik. Maka, suruhanjaya diraja itu berperanan menyiasat bagi membongkar kebenaran dalam isu itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, keanggotaan suruhanjaya hendaklah dipersetujui pihak yang terlibat bagi mengelakkan ia terus dipolitikkan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, penubuhan suruhanjaya itu hendaklah disegerakan supaya dapat memberi keadilan kepada pihak yang dituduh dan menuduh.

"Pihak yang dituduh tidak perlu takut menerima cadangan penubuhan suruhanjaya itu bagi membuktikan dirinya tidak terlibat. Siasatan secara terperinci dapat dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya yang bebas agar rakyat dapat mengetahui perkara sebenar," jelasnya.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula berkata, isu rakaman video aksi seks tersebut hendaklah dihentikan segera dengan penubuhan suruhanjaya itu agar rakyat tidak terus keliru mengenainya.

"Rakaman video itu memberi pandangan yang tidak baik kepada generasi muda. Penubuhan suruhanjaya diraja sesuai kerana ia membabitkan orang penting yang mempunyai pengaruh dalam negara.

"Suruhanjaya itu yang diberi kuasa khas menyiasat dapat memfokuskan dalam pelbagai aspek meliputi ketulenan, individu yang terlibat serta dakwaan-dakwaan lain," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

109 PATI merusuh, larikan diri

Posted:

109 PATI merusuh, larikan diri

109 PATI merusuh, larikan diri


SEBAHAGIAN daripada 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan semula semalam, selepas merusuh dan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan, kelmarin. – utusan/Abd Razak Aid


SEREMBAN 5 April – Seramai 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen di sini, melarikan diri selepas merusuh dan membakar sebuah blok pusat tahanan itu, malam tadi.

Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 348 tahanan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan diberi sebelum bertindak liar dalam kejadian pukul 9.45 malam itu.

Bagaimanapun, seramai 47 tahanan berjaya ditahan semula sehingga tengah malam ini di beberapa lokasi berhampiran.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, insiden itu mengakibatkan tingkat atas blok menempatkan tahanan tersebut rosak tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Katanya, kebanyakan mereka yang majoritinya warga Myanmar turut merempuh penghadang zink dan memotong pagar sebelum melarikan diri.

"Susulan itu, polis, Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melancarkan 'Ops Tutup' untuk memburu semua tahanan yang melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Abd. Manan, kesemua tahanan yang melarikan diri itu terdiri daripada warga Myanmar dan selebihnya Bangladesh, Nepal, Vietnam, Nigeria dan Iran.

"Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati tahanan dengan layanan diberi termasuk terlalu lama ditempatkan di depot berkenaan.

"Kebanyakan tahanan sudah berada di sini selama tiga bulan hingga lebih setahun kerana menunggu proses untuk diusir keluar dari negara ini selain masalah kesesakan," ujarnya.

Menurut Abd. Manan, pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat bagaimana tahanan mendapatkan punca api untuk mencetuskan kebakaran dan alatan bagi memotong pagar.

Tambahnya, kejadian itu merupakan kali kedua dalam tempoh lima tahun dan kali terakhir tahanan melarikan diri dari depot tahanan berkenaan adalah pada 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Korea minat tingkat pelaburan

Posted:

Korea minat tingkat pelaburan

Korea minat tingkat pelaburan


NAJIB Tun Razak bersama Lee Myung-bak bersama-sama menuju ke Istana Presiden yang juga dikenali sebagai Rumah Biru untuk pertemuan empat mata di Seoul, Korea, semalam.


SEOUL 5 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat Korea Selatan telah menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia dalam sektor pembuatan sel solar, penapisan minyak, pembinaan kapal, biomass, komponen automotif dan tenaga boleh dibaharui.

Sehubungan itu, beliau berjanji, kerajaan akan berusaha memberi segala bantuan yang diperlukan bagi memastikan projek-projek dalam sektor tersebut menjadi realiti dalam tahun ini.

"Saya percaya terhadap potensi besar dalam kerjasama antara syarikat-syarikat Malaysia dan Korea Selatan meneroka peluang hasil daripada pertumbuhan baru sektor-sektor tersebut.

"Saya tiada keraguan dengan kekuatan syarikat Korea dalam sektor seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT), kejenteraan dan kejuruteraan, farmaseutikal, bioteknologi dan industri berasaskan pengetahuan, yang akan memberi mereka (syarikat Korea) kelebihan dalam merebut peluang (perniagaan) di Malaysia," tegas Najib.

Perdana Menteri menegaskan demikian semasa berucap pada sesi dialog dengan peneraju-peneraju korporat Korea di sini hari ini. Dialog tersebut dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Korea (KCCI).

Lebih 50 'kapten' industri dari kedua-dua negara menghadiri sesi dialog tersebut, yang memberi peluang kepada mereka untuk makan tengah hari bersama Perdana Menteri.

Najib memaklumkan, Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Cawangan Malaysia sudahpun ditubuhkan pada 20 Mac lalu. Majlis tersebut adalah hasil pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semasa Presiden itu melawat Malaysia pada 9 - 10 Disember tahun lalu.

Menceritakan hubungan dua hala Malaysia-Korea, beliau berkata, jumlah dagangan bertambah sekali ganda dari AS$6.94 bilion (RM20.82 bilion) pada 2000 kepada AS$15.6 bilion (RM46.8 bilion) pada 2010.

"Korea kini rakan dagangan Malaysia yang keenam terbesar, mewakili 4.5 peratus jumlah keseluruhan dagangan dunia Malaysia. Korea juga merupakan destinasi eksport Malaysia ketujuh terbesar, yang mana eksport Malaysia ke Korea meningkat 14.6 peratus kepada AS$7.5 bilion berbanding 2009, mewakili 3.7 peratus jumlah keseluruhan eksport Malaysia.

"Korea turut merupakan sumber pelaburan asing ketujuh terbesar dalam sektor pengilangan di Malaysia. Sejumlah AS$2.71 bilion modal pelaburan telah dilaburkan dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) bernilai tinggi, sumber mineral, petroleum, pembikinan logam dan kilang berasaskan kayu," ujar Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Malaysia menjemput syarikat-syarikat Korea Selatan untuk merebut peluang pelaburan dan perniagaan di Malaysia dalam bidang baru seperti perkhidmatan perniagaan; perkhidmatan kesihatan; perkhidmatan kewangan; teknologi hijau; minyak, gas dan tenaga; teknologi maklumat dan pelancongan.

Najib berkata, semasa kerajaan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ia telah mengenal pasti 131 projek 'penyertaan' (entry point) bernilai AS$444 bilion (RM1,332 bilion), yang dijangka mewujudkan 3.3 juta pekerjaan bernilai tinggi di Malaysia.

"Antara 131 projek itu, saya percaya bidang-bidang tersebut menawarkan peluang (perniagaan) kepada syarikat-syarikat Korea.

"Saya ingin memberi komitmen kerajaan saya bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai destinasi (pelaburan) yang menguntungkan kepada syarikat-syarikat asing, yang menjadikan Malaysia tempat operasi mereka.

"Kami fokus untuk menggalakkan serta memberi insentif kepada usaha sama sektor swasta Malaysia-Korea pada masa ini dan masa akan datang, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara," tegas Najib. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan