Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 31 Mar 2011 01:58 PM PDT IPOH: Sebuah syarikat dikesan menceroboh dan melombong secara haram di kawasan tanah perkuburan Islam semata-mata untuk mendapatkan bijih besi. Lebih biadab, syarikat berkenaan juga tidak gentar dan mempedulikan bantahan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Rapat Setia (JTPRS) di sini dan sudah melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lalu.
"Biarpun kegiatan dilakukan jauh dari kubur, ia tetap satu perbuatan tidak bermoral dan bertanggungjawab kerana kawasan yang diceroboh itu masih dalam kawasan tanah perkuburan yang seluas 6.9 hektar.
Operasi pengusiran itu turut dihadiri wakil Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan beberapa anggota polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Mohd Mokhtar berkata, masalah timbul apabila syarikat berkenaan tidak menepati perjanjian asal dibuat iaitu menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan ikan.
|
Posted: 31 Mar 2011 01:58 PM PDT KOTA BHARU: Sepuluh tahun lalu, hatinya disakiti apabila anak perempuannya yang diberi didikan agama sebaik mungkin, malah dihantar ke sekolah tahfiz, kahwin lari. Kini luka di hatinya bertambah parah apabila mendapati anaknya itu menipu dengan mencipta 'perkahwinan ajaib'. Ayah yang mahu dikenali sebagai Manaf, 66, itu mendakwa dia mengesan keanehan pada tarikh perkahwinan anak perempuannya seolah-olah wanita berusia 30 tahun itu bernikah dua kali dalam tempoh selang sehari.
"Walaupun hati saya disakiti apabila anak yang bergelar 'hafizah' itu kahwin lari 10 tahun lalu, saya tetap menyayanginya. Sebab itulah saya sentiasa memantau perkembangannya sehinggalah dapat membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan perkahwinannya.
Naluri Manaf kuat mengatakan anaknya terbabit dengan nikah sindiket selepas membaca laporan muka depan Harian Metro 28 Januari lalu bertajuk VIP Nikah Tanpa Rekod yang mendedahkan mengenai pembabitan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap termasuk kad perakuan nikah kononnya dikeluarkan Jawi untuk berpoligami secara diam-diam. "Saya yakin, kes anak saya itu ada persamaan dengan pendedahan dibuat Harian Metro. Walaupun pasangan anak saya bukan orang kenamaan, tetapi berdasarkan kad perakuan nikah palsu yang dibuktikan, tidak mustahil ia ada kaitan dengan sindiket berkenaan.
"Selepas keluar kisah nikah sindiket di Harian Metro, saya berasakan perlu untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat. Hati saya juga tidak tenteram selepas terbongkar segala rahsia perkahwinan anak saya itu. "Jika kad perakuan nikah palsu dan surat keterangan nikah pula meragukan, bagaimana status perkahwinan mereka? Mereka mempunyai tiga anak, bagaimana pula nasib anak mereka?" katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan