Selasa, 5 April 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Sentral: Lubuk ikan terancam

Posted: 04 Apr 2011 12:34 PM PDT

Wilayah

NELAYAN  dari Pantai Puteri, Pantai Kundur dan Pantai Rombang, Melaka membuat bantahan secara aman.

NELAYAN dari Pantai Puteri, Pantai Kundur dan Pantai Rombang, Melaka membuat bantahan secara aman.

Nelayan dakwa kerja binaan musnah terumbu karang

MELAKA: Lebih 100 nelayan membantah cadangan sebuah syarikat cari gali petroleum yang berhasrat memulakan proses pembinaan kemudahan syarikat itu di perairan berhampiran Lereh hingga Tanjung Bidara di sini, yang didakwa bakal memusnahkan rezeki mereka.

Nelayan dari Pantai Puteri, Pantai Kundur dan Pantai Rombang mendakwa menerima surat daripada syarikat berkenaan yang memaklumkan proses pembinaan itu juga bakal membabitkan beberapa ujian termasuk kerja letupan yang akan diadakan pada 5 April ini. Wakil nelayan bagi tiga pantai berkenaan, Mahat Jantan, 44, berkata sekiranya syarikat terbabit meneruskan juga langkah meletupkan kawasan yang turut menjadi pusat terumbu karang dan hidupan laut itu, ia bakal mengancam mata pencarian nelayan.

"Kawasan yang dinyatakan di dalam surat makluman itu adalah 'lombong emas' atau lubuk ikan bagi nelayan di sini. Jadi, kami bantah sekeras-kerasnya kerja meletup lokasi terbabit yang dikatakan antara ujian yang akan dijalankan sebelum pembinaan dilakukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut kecewa dengan cara syarikat terbabit mengendalikan perkara itu kerana ia tidak langsung mengambil kira kepentingan nelayan yang menjadikan perairan itu sebagai sumber rezeki.

"Kami bukan saja membantah kerja pengeboman terumbu karang di kawasan pusat tumpuan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut, malah kecewa kerana syarikat itu hanya menyerahkan surat beberapa hari sebelum kerja dilaksanakan.
"Surat pula diberikan tanpa berjumpa kami untuk menerangkan projek yang ingin dilaksanakan di perairan yang selama ini menjadi punca rezeki kami. Tiada peluang langsung untuk kami berbincang atau menyuarakan pendapat," katanya.

Nelayan lain yang ditemui, Syukur Mohd Said, 44, berkata beliau khuatir sekiranya kerja letupan diteruskan, ia bakal menyebabkan mata pencarian mereka berkurangan kerana tangkapan ikan di kawasan itu mampu menjana pulangan pendapatan sehingga RM8,000 sebulan.

"Lokasi ujian letupan itu adalah tempat yang paling kami sayang kerana ia lubuk rezeki kami. Ia juga kawasan tradisi bagi kami melakukan aktiviti tangkapan ikan sejak sebelum syarikat itu beroperasi di sini.

"Syarikat ini tidak mengambil kira langsung kesan yang akan berlaku kepada kami dan hidupan laut di situ. Mereka seolah-olah hanya mementingkan keuntungan saja tanpa memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling dan alam sekitar," katanya.

Zaidi Tawil, 38, pula berkata kemusnahan terumbu karang di lokasi itu dijangka mengakibatkan hidupan laut seperti ikan sukar membiak untuk sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum ia benar-benar pulih daripada kerosakan yang dilakukan.

"Biasanya, tangkapan di perairan itu meliputi ikan jenahak, kerapu dan kurau selain menjadi tempat tumpuan penyu. Justeru, lokasi terbabit sepatutnya dipelihara bagi mengekalkan ekosistemnya.

"Kami berharap pihak berwajib melakukan sesuatu bagi membela nasib kami dan hidupan laut ini.

"Kerja pembinaan itu juga kelak akan mengganggu aktiviti menangkap ikan berikutan kebanyakan pukat hanyut yang digunakan nelayan akan rosak kerana terkoyak akibat tersangkut pada boya dan kapal yang digunakan syarikat," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Johor: Sungai Sagil lupus bukti

Posted: 04 Apr 2011 12:31 PM PDT

Wilayah

 HARUN  memeriksa komponen motosikal yang dileraikan  kumpulan curi motosikal di sekitar  Ledang, di IPD Ledang.

HARUN memeriksa komponen motosikal yang dileraikan kumpulan curi motosikal di sekitar Ledang, di IPD Ledang.

Geng motosikal curi, buang rangka motosikal hapus perunjuk

LEDANG: Sungai Sagil di sini dikesan menjadi kuburan kerangka motosikal yang dibuang geng curi kenderaan itu sebagai cara mudah melupuskan bahan bukti selepas meleraikan komponennya.

Keadaan itu juga menyebabkan anggota polis menempuh bahaya dalam air apabila terpaksa meredah dan menyelam dalam sungai terbabit bagi mengesan bukti jenayah yang dilupuskan di situ. Perbuatan menjadikan Sungai Sagil sebagai tempat pelupusan kerangka motosikal curi dibongkar Polis Ledang, susulan kejayaan menumpaskan tiga geng curi motosikal dianggotai remaja bawah umur dan mekanik dalam tempoh tiga hari di sekitar Sagil, Bukit Gambir dan Tangkak.

Ketua Polis daerah, Superintendan Harun Idris, berkata kumpulan pertama disertai lima lelaki termasuk tiga pelajar Tingkatan Lima dan seorang Tingkatan Empat ditahan dalam serbuan di sekitar Sagil dan Bukit Gambir, kira-kira jam 11.30 malam, 22 Mac lalu.

Katanya, turut ditahan mekanik berusia 28 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ketua kumpulan dan membantu meleraikan komponen motosikal curi, sebelum membuang rangka motosikal ke dalam Sungai Sagil.

"Setakat ini kumpulan itu termasuk tiga remaja berusia 17 tahun dan seorang berusia 16 tahun dipercayai terbabit dalam satu kes curi motosikal berikutan penemuan sebuah rangka motosikal yang dilaporkan dicuri awal bulan lalu," katanya.
Katanya, satu lagi geng curi motosikal berjaya ditumpaskan keesokannya apabila dua lelaki berusia 18 tahun dan 19 tahun yang sudah tidak belajar dan bekerja di kebun sawit berjaya ditahan di Bukit Gambir.

Beliau berkata, dalam operasi kira-kira jam 8 malam itu juga polis berjaya merampas sebuah motosikal dilaporkan dicuri pada 16 Mac lalu dan setakat ini siasatan awal menunjukkan kumpulan itu terbabit dalam sekurang-kurangnya satu kes curi motosikal yang dilaporkan di pekan Bukit Gambir.

Harun berkata, dalam operasi yang dijalankan di Bandar Baru Tangkak, kira-kira jam 9.30 malam, pada 24 Mac lalu, polis menahan seorang lagi remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah dan merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang empat hari sebelumnya.

Katanya, tiga kes geng curi motosikal yang ditumpaskan dalam tempoh tiga hari itu menunjukkan pihaknya sentiasa serius bagi menangani kes motosikal curi yang dilaporkan di sekitar daerah Ledang.

Beliau berkata, setakat ini 34 motosikal dilaporkan hilang di daerah itu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 50 kes motosikal hilang yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu dalam kes lain, polis menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 35 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel, komponen besi dan tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar daerah itu.

Harun berkata, semua lelaki itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Muar-Tangkak, kira-kira jam 8.45 malam, pada 27 Mac lalu.

Katanya, setakat ini ketiga-tiga lelaki itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya sembilan kes curi kabel, komponen besi dan tembaga yang dilaporkan di daerah itu dengan kerugian dianggarkan lebih RM150,000.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan