Khamis, 14 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Identiti lelaki video seks dicam

Posted: 14 Apr 2011 03:17 PM PDT

Nasional

Polis dalam proses lengkap kertas siasatan, tunggu laporan pengedar jam

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita dipercayai warga asing.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identitinya kerana siasatan masih dijalankan mengikut prosedur dan undang-undang, walaupun sudah mendapat pengesahan ketulenan video serta boleh mengaitkan individu dalam rakaman itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam berkata polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan siasatan, kita tahu siapa dia... kita percaya kita tahu. Ini berasaskan kepada fakta dan bukti-bukti yang kukuh daripada siasatan yang dijalankan.

"(Selain itu) Saya hanya nak mengatakan video itu sahih, kita mempunyai asas untuk mengaitkan individu dalam video itu, hanya saya tak boleh umum hasil siasatan sekarang. Kita ada prosedur... macam kes lain, mana saya boleh beritahu, kena serah pada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman semalam.

Mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku dalam video seks sama ada boleh dikenakan tindakan jika dirakam di luar negara, Ismail berkata, polis mempunyai kebijaksanaan dan sedang meneliti segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan susulan.
Beliau juga enggan mengesahkan sama ada polis sudah mengenal pasti wanita dalam rakaman video berkenaan, tetapi menjelaskan sudah merakam percakapan ramai individu yang dikenal pasti dapat membantu siasatan.

Mengenai lokasi sebenar pelakuan seks itu termasuk kemungkinan dirakam di Thailand, Ismail berkata, apa yang penting, siasatan polis mengesahkan rakaman video seks itu tulen dan ia penting bagi mengukuhkan hasil siasatan.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video, maknanya ia bukan diada-adakan atau 'super impose'. Jika buat (dirakam) di Malaysia atau mana-mana pun, yang penting sahih tak sahih (rakaman)... itu yang mengukuhkan isu siasatan ini.

"Orang nak tahu sama ada video itu tulen atau sebaliknya, polis sudah rujuk kepada pakar yang kemudian mengesahkan ia tulen," katanya sambil memberitahu polis turut menghantar video itu kepada beberapa pakar lain bagi mengesahkan ketulenannya.

Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti individu bertanggungjawab merakam video itu serta tindakan boleh dikenakan terhadap mereka, beliau berkata, polis sedang mengesan pihak terbabit dan akan meneliti segala fakta dan bukti sebelum memutuskan tindakan susulan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Pendedahan Raja Petra hilangkan sangsi rakyat'

Posted: 14 Apr 2011 03:15 PM PDT

Nasional

LAWAS: Datuk Seri Najib menegaskan, pendedahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu seharusnya memadamkan kesangsian sesetengah pihak terhadap penafiannya sebelum ini.

Perdana Menteri yang bersyukur dengan pengakuan Raja Petra berkata, ia membuktikan tuduhan itu didalangi pihak tertentu yang cuba menghalang beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.

Najib berkata, beliau sememangnya yakin kebenaran akan muncul dan temu bual TV3 dengan Raja Petra menjadikannya realiti, sekali gus harus memadamkan keraguan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan penafiannya, termasuk bersumpah dalam masjid sebelum ini. "Saya selalu kata kebenaran akan timbul. Lambat laun kebenaran diketahui. Saya bersyukur dengan temu bual itu. Sebenarnya perkara ini sudah disampaikan kepada dia (Raja Petra) sebagai satu perkara yang bertujuan merosakkan saya dan menjadi halangan untuk saya naik sebagai Perdana Menteri.

"Bagaimanapun, percubaan itu gagal kerana tidak ada kebenaran dan fakta. Ia fitnah sama sekali. Saya bersyukur perkara ini sudah jadi pengetahuan umum dan jika ada sesiapa was-was, temu bual itu akan menghilangkan segala-galanya," katanya selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia dan majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Lawas, di pekarangan hotel berkenaan di sini, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan