Kosmo Online |
- Pelancong parah bot langgar feri di Langkawi
- Microsoft umum tawaran naik taraf Windows
- Didenda RM1,500 kerana miliki telefon bimbit curi
Pelancong parah bot langgar feri di Langkawi Posted: Pelancong parah bot langgar feri di Langkawi04/06/2012 7:12pm LANGKAWI — Seorang pelancong Hong Kong cedera parah apabila bot pelancong yang dinaiki berlanggar dengan sebuah feri penumpang dekat jeti Kuah di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Hariph Kam Abdullah berkata, Weng Heng Hee, 24, yang cedera di kepala, sedang dirawat di Hospital Langkawi. Ketika kejadian, Weng menaiki bot itu bersama 11 pelancong lain. Katanya, feri berkenaan baru saja bertolak 50 meter dari jeti Kuah di sini kira-kira 1.15 tengah hari apabila berlanggar dengan sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah. Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat.— BERNAMA |
Microsoft umum tawaran naik taraf Windows Posted: Microsoft umum tawaran naik taraf Windows04/06/2012 7:09pm KUALA LUMPUR — Microsoft Corp. telah mengumumkan ketersediaan tawaran naik taraf Windows untuk pengguna yang membeli komputer peribadi Windows 7 yang baharu. Tawaran naik taraf Windows itu membolehkan pengguna yang membeli PC Windows 7 yang berkelayakan untuk memilih membeli naik taraf yang boleh dimuat turun kepada Windows 8 Pro dengan harga anggaran harga runcit hanya US$14.99 semasa tempoh promosi yang boleh ditukar apabila secara umumnya Windows 8 boleh diperolehi. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Kumpulan Saluran Pengguna Microsoft Malaysia, Sunny Ooi berkata,"Kami telah melihat minat yang memberangsangkan untuk Windows 8, terutamanya dengan ketersediaan previu pelancaran Windows 8 minggu ini, sedangkan kami tahu ramai yang mahukan PC baharu pada masa ini. Program ini bermula pada 2 Jun di 131 pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia. PC Windows 7 mesti dibeli semasa tempoh sah 2 Jun 2012 hingga 31 Januari 2013, dan ditebus semula sebelum tamatnya program pada 28 Februari 2013.— BERNAMA |
Didenda RM1,500 kerana miliki telefon bimbit curi Posted: Didenda RM1,500 kerana miliki telefon bimbit curi04/06/2012 6:55pm PETALING JAYA — Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 atau penjara dua bulan ke atas seorang penghantar surat yang mengaku memiliki telefon bimbit curi bernilai RM600 kepunyaan seorang pelajar Korea. R.Kesavan, 20, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 13/6 Petaling Jaya, Selangor pada 2.55 petang, 23 Nov 2011 mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Telefon bimbit itu milik Lee Tae Yoong. Tertuduh diwakili peguam Jason R.Gomez manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan