Kosmo Online - Negara |
Pekerja kilang tanggung hutang Posted: Pekerja kilang tanggung hutangOleh MOHD. HAFIZI AHMAD
KUALA LUMPUR - Seorang operator kilang kini bingung memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit berjumlah RM250,000. Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar, Gombak. Ceritanya, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004. Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu. "Pada awalnya, saya sangka masalah itu akan selesai tetapi sekali lagi saya mendapat surat daripada sebuah lagi bank menyatakan saya mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam. Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pembekuan ditarik balikOleh NORHAYATI YAHAYA KAMPUS Universiti Selangor tersergam indah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor SHAH ALAM – Pengurusan tertinggi Universiti Selangor (Unisel) menarik nafas lega apabila rayuan mereka supaya pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pelajar baharu universiti itu ditarik balik, akhirnya menjadi kenyataan. Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, penarikan balik pembekuan tersebut dimaklumkan ketika beliau dan rombongan mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif PTPTN, Agus Cholan semalam. Beliau berkata, serentak itu semua pelajar baharu Unisel boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online berkuat kuasa serta-merta. Perkara tersebut dinyatakan dalam surat yang diserahkan oleh Agus kepada Anuar. Keputusan itu sekali gus memberi semula peluang kepada kira-kira 80 peratus daripada lebih 1,000 pelajar baharu universiti itu menyambung pengajian. "Kami menerima panggilan pagi tadi (semalam) meminta pihak kami hadir di pejabat PTPTN di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Agus Cholan. "Perbincangan dengan beliau berlangsung kira-kira 10 minit sebelum kami diberi surat daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan pembekuan tersebut ditarik balik. "Kami juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana membantu kami berhubung masalah ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
PM sedia pertimbang BR1M pusingan kedua Posted: PM sedia pertimbang BR1M pusingan keduaORANG ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan Najib ketika merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kulim semalam. KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua. "Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam. Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian. "Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada happy (gembira) sahaja. Tidak ada rasa cemas, tiada pun hendak guna shield (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru-hara, kacau-bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan