Kosmo Online - Negara |
Malaysia perlukan 100,000 amah Posted: Malaysia perlukan 100,000 amah
SEGAMAT - Kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia diperlukan bagi menampung permintaan majikan di negara ini selepas pembekuan khidmat mereka ditarik balik baru-baru ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara jiran itu dan jumlah tersebut terus meningkat. "Pada masa ini, kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 150,000 orang merupakan amah Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya negara-negara lain. "Indonesia sedang melatih pembantu rumah mereka tetapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat di Taman Segamat Jaya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
400 pelesit rempit mandi peluh Posted: 400 pelesit rempit mandi peluhSEBAHAGIAN daripada 400 pelesit rempit yang dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer di George Town, Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN - Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini. Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan. Ketua operasi, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam itu dianggap berjaya kerana telah menggagalkan kegiatan lumba haram yang dirancang pelesit rempit di kawasan tersebut. Katanya, sebaik dikepung, terdapat sekumpulan pelesit rempit yang cuba melarikan diri dengan melawan arus hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka patah tulang pipi akibat terjatuh. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Capai objektif perkasa pengguna Posted: Capai objektif perkasa penggunaOleh ZULKIFLI MANZOR FAUZI BAHARUDIN ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama para penerima anugerah kepenggunaan. SEMENYIH - Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di pekarangan pasar raya besar Tesco di sini mencapai objektif untuk menyalurkan mesej kepenggunaan kepada orang ramai apabila menerima lebih 25,000 orang pengunjung. Jumlah pengunjung tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini iaitu seramai 20,000 orang pengunjung. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kehadiran pengunjung yang ramai pada majlis tersebut menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mendapatkan maklumat mengenai hak pengguna semakin meningkat. "Majlis tersebut yang berdasarkan slogan 'Hak Pengguna Tanggungjawab Anda' ini membawa mesej untuk memperkasakan pengguna dengan cara meningkatkan kesedaran mereka terhadap hak dan mengaplikasinya dalam bentuk tanggungjawab," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan