Harian Metro: Setempat |
Projek penyuraian trafik mesra OKU Posted: 08 Jun 2012 04:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Projek penyuraian trafik bagi kawasan Brickfields dan Kuala Lumpur Sentral, di sini, yang siap sepenuhnya turut memberi kelebihan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) apabila kebanyakan kemudahan disediakan mesra golongan berkenaan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kemudahan kepada golongan berkenaan termasuk laluan khas bercat kuning pada laluan pejalan kaki bagi kemudahan orang cacat penglihatan serta kemudahan jejantas yang dilengkapi lif OKU.
"Malah, kami yakin dengan kemudahan yang disediakan, kawasan ini lebih mudah dikunjungi terutama OKU dan secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan perkembangan projek ini," katanya ketika mengadakan tinjauan di kawasan projek naik taraf sekitar Brickfields di sini, semalam. Selain itu, katanya, bagi mengurangkan masalah kekurangan parkir di kawasan terbabit, tempat letak kereta bertingkat yang boleh memuatkan hingga 340 kereta disediakan di Jalan Sultan Abdul Samad.
|
Buntu ‘hutang’ RM120,000 Posted: 08 Jun 2012 04:29 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa diburu beberapa bank selepas dikatakan berhutang lebih RM120,000 sejak 2004 menyebabkan namanya kini disenaraihitamkan. Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, yang juga operator pengeluaran berkata, dia didakwa berhutang dengan lebih tiga bank termasuk satu untuk pinjaman perumahan serta dua membabitkan kad kredit.
Katanya, lebih malang apabila dia perlu menjelaskan hutang berkenaan jika mahu namanya dibersihkan selain tidak boleh membuat pinjaman di institusi kewangan dan tidak boleh membuka akaun bank.
Katanya, pada Jun 2006, dia sekali lagi dikejutkan dengan panggilan telefon dari sebuah bank yang menyuruhnya membayar pinjaman perumahan RM80,000 yang dibuat pada 2003.
"Saya pergi ke Bank Negara Malaysia untuk memeriksa identiti sindiket yang menyalahgunakan kad pengenalan dan mendapati individu itu sudah menukar gambar bagi mengelak dicam pihak berkuasa," katanya yang sudah membuat lima laporan polis.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan