Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Jun 2012 10:14 AM PDT IPOH: "Dia (Noornazmin) sempat memeluk saya dua kali, seolah-olah berat hati meninggalkan kami untuk menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi pagi tadi (semalam) bersama adiknya. Saya tidak percaya kehilangan mereka beberapa jam kemudian," kata ibu malang, Norhiah Abdul Rashid, 50-an, yang kematian dua anaknya serentak akibat kemalangan ngeri, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang juga pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang lori berhampiran kilometer 270, susur keluar tol Jelapang, Lebuh raya Utara-Selatan, di sini.
Pelanggaran itu menyebabkan Noornazmin cedera parah di perut dan kaki sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dua jam kemudian.
"Saya tak sedap hati dan meminta Noornazmin membatalkan hasrat menyertai konvoi itu. Malah, saya khuatir keselamatannya kerana motosikal ditunggangnya baru dibeli.
Menurutnya, dia sempat menghubungi telefon bimbit anaknya sebelum keluar ke pasar dan Noornazmin memberitahu mereka selamat sampai di Putrajaya.
|
‘Bangunlah nak, jangan tinggal ayah’ Posted: 02 Jun 2012 10:11 AM PDT LEDANG: "Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah," rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir.
Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu.
Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik.
"Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan