Harian Metro: Setempat |
‘Pelik murah sangat’ Posted: 01 Jun 2012 01:39 PM PDT TAIPING: Sindiket curi kenderaan ditumpaskan polis Sabtu lalu di Simpang Empat, di sini, dikesan memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan hasil kegiatan melapah dan menjual semula komponen lori curi kepada orang ramai. Sindiket didalangi tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh itu dikesan memisahkan komponen lori dicuri sebelum dijual dengan harga murah seolah-olah alat ganti terpakai.
Seorang pekerja kilang dikenali sebagai Ahmad, 30-an, berkata, dia tidak menyangka pemilik bengkel itu dalang sindiket curi kenderaan berikutan premis berkenaan sering dikunjungi orang ramai yang mahu membeli alat ganti terpakai pada harga murah.
Difahamkan, hasil pemeriksaan dilakukan mengenal pasti lima lori pernah dilaporkan dicuri di di Rawang, Jinjang, Ampang dan Sungai Buluh, Selangor.
|
Posted: 01 Jun 2012 01:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Dia akan melahirkan anak kelapan, tetapi kehidupannya dirundung malang apabila bakal dihalau keluar dari ruma sewa kerana bayaran sudah lama tertangguh. Kesempitan hidup yang dialami Mazlina Ibrahim, 32, bertambah rumit apabila suaminya, Ahmad Riza, 39, gagal mendapatkan pekerjaan berikutan status bekas penagih dipegangnya.
Mazlina ketika ditemui di Flat Sri Cempaka, Persiaran 12, Sri Damansara, di sini, berkata, sebelum ini dia terpaksa menerima rawatan di hospital kerana pendarahan dan menurut doktor perkara itu disebabkan tekanan yang dihadapi.
Dia ditemui selepas menerima bantuan RM200 daripada Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).
Dia berkata, walaupun anaknya yang berusia antara dua hingga 15 tahun kerap memberontak, tetapi dia memahami situasi mereka kerana tertekan melihat rakan seusianya hidup senang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan