Harian Metro: Mutakhir |
Mangsa belasah meninggal dunia Posted: 08 Jun 2012 03:41 PM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang ditemui berlumuran darah di tepi jalan di Tongkah, Banting, dekat sini, sebelum koma dua hari di hospital akibat kecederaan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek tumpul, disahkan meninggal dunia, petang kelmarin. Mangsa yang mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dipercayai dibelasah hingga parah oleh sekumpulan lelaki dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam.
|
Posted: 08 Jun 2012 03:40 PM PDT GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah unik bahan penjerap minyak dalam proses rawatan air dengan menggunakan bahan berasaskan kulit udang. Penyelidik USM, Dr Suzylawati Ismail berkata, produk itu yang dipanggil Chi-Sob mampu bertindak melalui tiga fungsi utama iaitu menjerap minyak, mengental dan menggumpal keledak sisa, sekali gus menjadikan proses rawatan air sisa menjadi lebih mudah dan berkesan.
Katanya, sisa kulit udang yang dikumpul, ditukarkan menjadi bahan yang berharga serta bermanfaat melepas melalui beberapa proses rawatan termasuk nyah-protein, nyah-mineral dan nyah-asetil sebelum digunakan bagi memproses dan merawat air sisa.
Penyelidikan yang memenangi pingat emas dalam beberapa pertandingan edisi antarabangsa itu turut disertai dua penyelidik bersama iaitu Prof Dr Abdul Latif Ahmad dan Dr S Sumathi.
"Bahan penghasilannya juga mudah didapati, malah Chi-Sob juga menjadi penjerap semula jadi yang bebas daripada campuran logam berat, tidak mengandungi toksik, tiada kesan sampingan, mudah dibuang dan mesra alam," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan