Harian Metro: Mutakhir |
Perompak larikan RM200,000 dalam masa 15 minit Posted: 08 Jun 2012 04:23 AM PDT GEORGE TOWN: Sekumpulan lima orang perompak bertopeng melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga lebih RM200,000 dalam masa 15 minit dari sebuah rumah yang didiami lima sekeluarga di Batu Ferringhi di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian jam 4 pagi itu, lima lelaki dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah teres dua tingkat di Mount Pleasure, Changkat Ria ketika penghuninya nyenyak tidur.
"Perompak terbabit memecah masuk rumah itu dari pintu belakang dan salah seorang anggota keluarga dalam rumah itu yang terdengar bunyi bising kemudiannya turun melihat apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, perompak itu terus menahan anggota keluarga berkenaan dan mengikatnya sebelum mengejutkan empat lagi anggota keluarga lain yang sedang tidur dalam bilik masing-masing.
Polis masih belum dapat mengesan identiti suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes menghubungi balai polis berdekatan. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak secara berkumpulan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama |
Hutang RM250,000 akibat hilang kad pengenalan Posted: 08 Jun 2012 02:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang operator kilang terpaksa berdepan masalah hutang RM250,000 akibat kad pengenalannya yang hilang kira-kira 18 tahun lalu disalahguna individu untuk pinjaman bank dan kad kredit. Noor Lela Nazri, 40, kehilangan kad pengenalan selepas beg tangannya diragut di Taman Melewar, Gombak di sini pada 1994.
Pada sidang akhbar hari ini, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Micheal Chong yang menerima aduan Noor Lela berkata, wanita itu didakwa membuat pinjaman di tiga buah bank tempatan berkaitan empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit. "Dia hanya menyedari kad pengenalannya digunakan orang lain apabila dia gagal dalam memohon untuk membuka akaun di sebuah bank kerana namanya disenaraihitamkan.
Sementara itu, Noor Lela dalam sidang akhbar sama meminta pihak berkaitan termasuk pihak bank dan polis melakukan siasatan rapi terhadap kesnya itu. Micheal pula berkata peguam Noor Lela akan membantunya untuk membuat pemeriksaan tandatangan dan perjanjian jual beli di bank-bank berkenaan untuk mendapatkan kesahihan. "Kami mahu semua pinjaman itu dibatalkan dan bayaran ganti rugi dari bank kerana menyebabkan kesusahan," kata peguam itu, James Ee Kah Fuk. Dalam pada itu, Micheal berkata pada tahun lepas, pihaknya menerima 26 aduan berkaitan penipuan kad pengenalan yang membabitkan lebih daripada RM2.6 juta. Pada sidang akhbar itu juga, seorang wanita warga emas mengadu bahawa cucu perempuannya hilang sejak bulan lalu dipercayai mengikut rakan yang dikenalinya menerusi internet. Lim Kim Geok, 70, berkata cucunya, Chong Pui Yee, 15, hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada 7 Mei lalu. "Sehari selepas itu, cucu saya ada hantar SMS kepada bapanya beritahu dia hendak keluar dari rumah beberapa bulan untuk bekerja dan mahukan kebebasan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan