Berita Harian: Nasional |
Posted: 09 Jun 2012 04:45 PM PDT Nasional NAJIB melihat projek BRT-Sunway Line pada majlis pelancaran laluan khusus bas di Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan projek Transit Bas Rapid (BRT)-Sunway Line, iaitu laluan khusus untuk bas yang bakal memberi manfaat kepada lebih 500,000 penduduk Bandar Sunway dan Subang. Projek Perkongsian Sektor Awam-Sektor Swasta (PPP) antara Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) dan Sunway Berhad dengan anggaran kos awal bernilai RM300 juta itu akan dilaksanakan akhir tahun ini dan siap sepenuhnya pada 2014. "Kerajaan perlu melakukan transformasi berikutan sistem pengangkutan awam yang cekap dapat memenuhi keperluan bandar moden" Laluan khusus bas yang pertama seumpama itu di Malaysia dicadang dibina sepanjang enam kilometer yang menghubungkan stesen sambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya di USJ 6 dan Stesen Komuter Setia Jaya.Najib Razak Perdana Menteri berkata, projek itu selaras dengan hasrat kerajaan memperbaiki sistem pengangkutan awam di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Beliau berkata, kerajaan perlu melakukan transformasi berkenaan berikutan sistem pengangkutan awam yang cekap dapat memenuhi keperluan bandar moden. "Sebelum ini, kita memperkenalkan LRT dan ramai mengatakan ia tidak berjaya tetapi kini digunakan lebih 450,000 orang sehari dengan purata 85,000 orang pada waktu puncak. Justeru, kerajaan terus mencari penyelesaian untuk menangani kesesakan lalu lintas di Lembah Klang bagi memastikan penduduknya menikmati kehidupan lebih baik," katanya. "Lokasi BRT lain yang dikenal pasti termasuk Damansara, Ampang, Shah Alam, Kota Damansara, Putra Heights, Putrajaya dan Kerinchi," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Tak terkilan disifat ‘gatal mulut’ Posted: 09 Jun 2012 04:43 PM PDT Nasional Harussani ajak Nik Aziz minum teh tarik bincang masalah umat IslamKUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak terkilan dengan dakwaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau sebagai 'gatal mulut.' Sebaliknya, Harussani yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berhajat menikmati teh tarik bersama Menteri Besar Kelantan itu bukan setakat untuk beramah-mesra, malah membincangkan secara tidak formal bahaya yang menunggu umat Islam jika tiada usaha menyatukan ummah dilakukan dari sekarang. "Biarlah Tok Guru hendak kata apa pun. Saya tak ada niat lain, selain ingin melihat umat Islam bersatu padu walaupun kita ada perbezaan fahaman politik" "Biarlah Tok Guru hendak kata apa pun. Saya tak ada niat lain, selain ingin melihat umat Islam bersatu padu walaupun kita ada perbezaan fahaman politik.Harussani Zakaria "Satu hari nanti, saya hendak ajak Tok Guru minum teh tarik untuk sembang-sembang masalah umat Islam sekarang. Tidak mengapa, saya tak terkilan pun dengan kata-kata seumpama itu," katanya ketika dihubungi, semalam. Harussani berkata, beliau tidak pernah berniat untuk mencampuri hal politik, apatah lagi mencuba mempengaruhi pemimpin PAS untuk bersetuju dengan pandangan beliau sendiri mengenai masalah yang membelenggu umat Islam di negara ini. "Saya cuma ingin melihat pemimpin politik memelihara agama dan bangsa Melayu. Islam agama yang mulia yang sentiasa mendidik umatnya supaya bersatu padu dan tidak berpecah-belah seperti sekarang. Kalau kita ada perbezaan fahaman politik pun, janganlah kita menggadaikan masa depan agama dan bangsa kita," katanya. Mursyidul Am PAS itu berkata, PAS sememangnya berhasrat merebut kerusi pada pilihan raya untuk membina kerajaan Islam dan menyifatkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah adalah kerana ingin mendapatkan kerusi. Harussani adalah antara ulama yang mengambil berat masalah perpecahan orang Islam serta sering mengingatkan pemimpin PAS supaya tidak membiarkan perpecahan berlanjutan hingga mengakibatkan masa depan mereka malap, terutama jika bangsa Melayu kehilangan kuasa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwanjeff Alhamdulillah...Tan Sri tidak terikut2 dgn rentak pemimpin yg menganggapkan diri mereka ulama tpi sbenar mereka hanya orang lama. Smoga Allah s.a.w sentiasa mberkati usaha Tan Sri demi utk perpaduan umat Islam. Lihatlah contoh d negara Islam d Asia Barat. Mereka berbunuhan sesama sendiri atas nasfu sarakah nak bkuasa. Peluang inilah yg d amabil oelh Yahudi laknatullah.... Hashim Amir bin Musa Tahniah Tan Sri Harussani kerana tak melatah dgn dakwaan TGNA tu..sepatotnya sebagai ulamak dan org yg ilmu dalam Agama..kita menganjurkan perpaduan Umat Islam tak kira apapun perbezaan politik..perpecahan akan menjadikan kita lemah dan berpuak-puak..jangan dik kerana nak rebutkan kerusi,kita gadaikan maruah bangsa dan agama..kalu pun dapat kerusi belum tentu dapat terbina negara Islam...yg penting mengajak uamt Islam dan manusia kejalan Allah...Wallhu Alam.. Md.Hatta Yusof Adalah lebih baik kedua2 Ulama ni bermuzakarah demi kebaikan umat islam di Malaysia ini.Ingat pesanan Rasullah aku tinggal 2 perkara iaitu Al Quran dan Sunah ku supaya kamu tidak sesat,jadi janganlah tuduh menuduh,kata mengata sesama islam. mohmad basri bin ghazali Dato' Harussani boleh diketegorikan sebagai tokoh yang sentiasa konsisten dalam meyuarakan pendapat. Pengisian program himpunan jutaan belia di putra Jaya yang lepas turut ditegur oleh beliau,TETAPI sejauh mana tegurannya didengari oleh pimpinan kita?
semoga berkat dan rahmat Allah sentiasa ke atas mu..amin! |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan