Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pantai Kundor tetap menarik

Posted:

Pantai Kundor tetap menarik

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my


AB. Rahaman Ab. Karim (dua dari kiri) mengadakan pertemuan dengan beberapa orang masyarakat tempatan di Pantai Kundor, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 29 Feb. - Terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar Melaka, Pantai Kundor bukanlah nama asing bagi pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

Bagi mereka, kemasyhuran kawasan seluas 15.12 kilometer persegi yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor ini bukanlah diukur pada berapa jumlah bangunan-bangunan yang terdapat di sini.

Sebaliknya, kunjungan ke situ lebih kepada memenuhkan jadual dengan aktiviti-aktiviti seperti berkelah, beriadah, menenangkan fikiran sambil melihat dan mendengar deruan ombak pantai yang mengadap Selat Melaka.

Selain itu, turut menjadi tarikan ialah menyaksikan kehidupan seharian masyarakat nelayan di beberapa buah perkampungan nelayan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan